Klik Jer

Monday, August 19, 2013

Spaghetti Kari Special







Salam Lebaran...

Rasanya masih tidak ketinggalan untuk Kak Ola ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....
Minta maaflah, Kak Ola sibuk sangat sampai tak sempat untuk update blog ni..
Raya tahun ni akk balik Sabah.. tu yang busy ckit tu.. lagi pula, kampung akk tu tiada talian internet bah.. hahaha ada tu mmg ada tapi untuk network lain.. 

But now.. im back.. hehehheehe.. 
Resepi kali ini dapat inspirasi dari rumah kawan... time tu beraya kat sabah, dia hidangkan mee kari yang hubby suke... so Akak edit mana yang patut..

Ok bulan Syawal ni selalunya kita jemput kengkawan datang uma kan..??/ kan....
tak pon ada kengkawan yang nak datang secara mengejut... ???

Jangan riso... Kak Ola bagi resepi yang mudah dan ringkas...
Selalunya memang Kak Ola selalu standby mee spaghetti dalam store akak.. hehehehe sabab suke hidangkan spaghetti kat tetamu... tapi untuk mempelbagaikan lagi menu Kak Ola reka resepi ni untuk memenuhi tekak Asia kita.. hehehehe

Ok, copy and paste jer resepi ni ek..

Bahan-Bahan
  1. Spaghetti (terpulang nak yang biasa or makaroni) Akak suke pkai Angle Hair 
  2. Isi ayam yang dipotong dadu. ( terpulang nak letak banyak mana)
  3. Bawang Merah - 3 Ulas*
  4. Bawang Putih  - 3 Ulas *
  5. Seinci halia*
  6. Sebatang serai*
  7. Cili Besar - 2 biji *
  8. Cili api - Terpulang nak letak banyak mana. ikut tahap kepedasan yang dikehendaki*
  9. Ubi Kentang - 2 biji (dipotong dadu)
  10. Daun Kari - 4 Tangkai
  11. Air asam (klau guna asam jawa adabi tu letak 1 setengah sudu kecil sahaja)
  12. Fishball/chikenball ( ikut suka, nak letak boleh, tak mau pun boleh...)
  13. Garam dan gula secukup rasa
  14. Santan - 1 biji kelapa saiz kecil (Blander dgn 3 cawan air dan tapis untuk mendapatkan santannya)
  15. Sebungkus serbuk kari ikan jenama Faezah (jenama lain pon ok). Kenapa Akak guna kari ikan..?? entah.. sebab sedap jika guna kari biasa or kari ayam.. hehehehehe (serbuk kari dicairkan bersama sedikit air panas dan air suam)
# Blender semua bahan yang bertanda *

Bahan Hiasan
  1. Daun sup dipotong kecil
  2. Daun bawang dipotong kecil
  3. Tauge dicelur
  4. Bawang Goreng


Cara-cara
  1. Tumiskan bahan2 yang sudah diblender kemudian masukkan daun kari sampai naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari yang sudah dicairkan. biarkan sehingga naik minyak. Jika kering tambah sedikit demi sedikit air sehingga kari betul2 masak sepenuhnya.
  3. Masukkan ubi kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Kemudian masukkan ayam, gaul hingga sebati dan biarkan sehingga jus ayam keluar sedikit.
  4. Masukkan air asam dan juga santan dan gaul sehingga sebati.
  5. Tambahkan seikit garam, gula dan perisa secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  6. Rebuskan speghetti sehingga mendidih. Tambahkan minyak semasa merebus untuk memastikan spaghetti tidak melekat bila ditos nanti.
  7. Hidangkan bersama-sama bahan hiasan tadi dan tambahkan kuah kari yang sudah masak tadi..
Selamat mencuba...




--- Selamat Mencuba ---

No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola