Klik Jer

Tuesday, August 20, 2013

Udang Masak Butter




 Salam Syawal

Ok, Ini dia resepi Udang masak Butter..(Berbuka puasa heavy ckit) Thanks to Azie Kitchen for this resepi...

Mula2 kita buat Sarang Telur  dulu..

Bahan2 nya ialah;

·         2 biji Kuning Telur
·         Sesenduk Butter/Margerin
·         Secawan Minyak masak

Cara2nya....

1.       Pukul ringan kuning telur. 

2.       Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.



3.       Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 


4.       Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.



Ok.. Sekarang kita sediakan Udangnya pulak....

Bahan2nya....

12 ekor udang 
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris

5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

Cara2nya....


    1.  Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.


   2.   Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

 

   3.  Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.



   4. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.



Selamat Mencuba...


Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola