Klik Jer

Friday, April 18, 2014

Menu Atkins: +++OOPSIE BREAD CHEESE+++


Hari ni masuk hari ke-5.... Apa yang masuk hari ke5?????

Nak tau..??? Ow.. Akk hari ni masuk hari ke-5 berdiet... 

Sejak 2 menjak ni, akk rajin jenguk2 en. Google... berkenaan dengan Diet Atkins ni...

Pada mulanya hanya sebagai pemerhati dari jauh... Sebenarnya sedor diri yang berat tu dah over dr berat ideal... tapi buat2 tak perasan.. hahahahaha Tak tau nak dijadikan cerita, pada 14/4/2014 (isnin) baru2 ni, akk pon mula la start diet Atkins (DA) ni... Hari ni akk timbang berat akk dah kurang 4kilo.. seronok sangat,.... Berat lama 70kg.. kengkadang tu jarum cecah gak 71 or 72.. tapi buat2 tak nampak.. konon2 jarum dia bengkok.. hahahahhaha

So hari ini akk nak share salah satu menu makanan untuk Diet cara Atkins;



Bahan2;
3 bji telur
100 gram cream cheese

Cara-cara
Asing putih & kuning telur
Pukul putih telur hingga jadi meringue ( telekup atas kepala tak jatuh )
Pukul kng tlur & cream cheese
Satukan dengan meringue tadi
Kacau guna spatula hingga sebati

kemudian letakkannya ke dalam acuan or just letak sahaja dalam dulang anti lekat
Tuangkan dalam 3 sudu (ikut saiz yg dikehendaki)
Masukkan cheese* di tengah dan bakar.
Bakar dalam oven 10 - 20 minit (bergantung kepada oven anda)



Friday, April 11, 2014

***Tudung... Tudung Periuk vs Fareeda***


Wah.. dah lama sungguh akk tak conteng2 dlm ni kan.. hehehehe

Hari ni akk nak cerita bukan pasal makanan.. tapi adalah kaitan ckit dgn makanan.. nama jer sama...

Tudung....

Bukan tudung periuk.. or tudung saji.... tapi tudung kepala k..

Baru2 ni akk terbaca satu status ni.. tak tau nak kata apa.. korang tgk la sendiri gambar dibawah ni..

Sumber : Beautifulnara

Mula2 tu membuak2 gak baca... dah ramai yang kritik gamaknyer baru lah keluar kenyataan daripada pihak mereka;



Tidak kurang ramai yang memberi nasihat dan kritikan.. tak tau la pihak admin tudung ni nak terima secara baik ataupun tidak... tapi bila dah ada mohon maaf ni maknanya mereka menyedari kesilapan mereka. Betul lah kata pepatah.. "terlajak perahu boleh diundur.. terlajar kata badan binasa...." 
Eh.. betuikah pepatah akak tu...??? betul la kut...Kalau dah terlepas ckp tu yg bahaya.. dari org suke boleh jadi benci.. nauzubillah...


Kritikan dan pandangan orang ramai...


So.. kawan2 fikir sendiri la yer.. bukan niat Dapur Ola ni nak mengaibkan or menjatuhkan, tetapi sekadar mengambil iktibar.. Nak jadikan sempadan, setiap kali berkata2 fikirkan akibatnya dulu.. takut terlepas cakap.. kalau dah terlepas cakap, buang ego just minta maaf.. Tapi bukan senang nak mohon maaf.. kan..kan... kan.. tapi tak salah kalau kita mohon maaf.. terbaeeeeekkk...

Eh...??? apa yg melalut ni.. ni nak share resepi ker nak share tudung ni?????

Ok, akk share je la kat mana akk bli tudung.. klik disini

Bye..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola