Klik Jer

Wednesday, August 27, 2014

+++ Cinnamon Donut +++


Berdasarkan gambar di atas.. bina 3 ayat...
Macam sedap jer....
Macam donat biasa jer....
Macam minta penampo jer.. hehehehhe.. "..Mentang2 la cikgu, ko suruh buat ayat bagai.. hamboi..."
But, sory la.. I bukan cikgu BM.. I cikgu Mate and PJ hokey.. ayat tunggang langgang
Ok, I nak cerita kat u ols ni... Mcmn I ble termimpi buat donat cinnamon (kayu manis) ni... 
time tgh belek2 hset sambil2 melayan mukabuku, terpandang satu video berkaitan donut ni.. pastu rindu kat kueh yang kakak aku selalu buat dulu.. kueh ni glemer kat sabah.. Klau kat sabah dia panggil Cempiang... pernah tgk dak? hokey akak blanja korang gambar cempiang ek..
Ini lah kueh cempiang... yang hitam2 tu kicap dan juga cinnamon lah... aroma cinnamon ni mmg best.. 
Akak ambil jer idea kueh ni akk buat donut yang ada cinnamon... sebenarnya ada jual serbuk cinnamon ni... oleh kerana akak tak ada stok akak buat sendiri serbuk cinamon. blender jer kayu manis tu sampai hancur guna pengisar kering...
ok, back to resepi...
nak buat donat tu mcm buat donat biasa jer... so korang salin la resepi donat ni ek...
Bahan-Bahan ;
  • 15g gula
  • 7g yis/mauripan (akak guna dua sudu makan)
  • 50ml air
  • 70ml susu segar.. Akak guna jenama dutch lady yg full cream
  • 5g garam - lebih kurang 3/4 sudu teh
  • 1 biji telur
  • 250g tepung - akak guna 3 cawan tepung, malas nak ambil penimbang.. hahahahaha
  • 15g butter - akak guna 2 sudu besar minyak masak... bukan tak ada butter tapi akk pernah buat guna butter, donut tu mcm serap minyak.. pkai minyak lagi best...
  • gula halus
  • serbuk kayu manis (cinnamon)
Cara-Cara;
  1. Campurkan semua bahan yang akak highlite kuning tu smpai sebati.
  2. Masukkan telur dan kacau sehingga semua bahan dah sebati
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga semua sebati sehingga menjadi doh.
  4. Kalau guna butter baru masukkan butter ke dalam adunan doh dan gaul semula sehingga sebati. Tapi kalau guna minyak boleh campur minyak tadi dengan bahan yang dihighlite kuning tadi.
  5. Biarkan seketika dalam 5 minit dengan menutup doh tadi dengan kain/tuala yang basah. Bila doh dah berubah saiz boleh lah ratakan doh dengan menggunakan penggolek atau botol kicap... hehehehe
  6. Ambil cawan dan telangkupkan dekat doh tadi, kemudian ambil pula penutup botol untuk ditekup bahagian dalam bulatan yang terhasil tadi.. pastu letakkan di atas kertas minyak. Buat smpai habis semua doh tadi.
  7. Goreng sehingga kekuningan.
  8. Tos kan seketika sehingga minyak kering dan boleh la ditaburkan dengan gula halus yang telah dicampur dengan serbuk kayu manis tadi....
  9. sedia di makan... hehehehehe

Sory la.. tak sempat tangkap gambar setiap step.. sebab kalut time tu nak p kelas tambahan budak tahun 6...

Bila panas2 sedap dimakan bersama dengan kopi.. hehehehe

Akak buat ni satu adunan jer, jadi lah dalam 15 biji kot... Pastu dok merasa ja keja nya.. habis 5 biji kot.. sedap sangat bila panas2... pastu teringat pesan suami, kalau nak bagi kawan, rasa dulu baru bagi.. hehehehe tapi bukan takat rasa dah.. dah telan smpai tak hengat... hahahaha... 

Sebab dah niat nak bagi myBFF Ainul Husna, bagi gak la 5 biji beda dia nak rasa.. hhehehehe malu jer kan bagi kawan 5 biji.. kikikikikiki 

So kwan2 boleh la cube... 

Friday, August 15, 2014

Resepi Mayonis Atkins


Yang ni saya tak pernah jumpe lagi kat malaysia.. Tapi tak tau la kalau korang pernah jumpe.. hehehehe sbb sy ty en. gugel jer pasal mayo untuk atkiners ni.. hehehe

Kalau gambar diatas ni rasa pernah jumpe kat pasaraya.. korang cari la...

tak pon korang buat sendiri jer la....


Bahan-Bahan;

  1. 5bj telur ( 3bj pon boleh jer)
  2. 1cwn minyak masak 
  3. pepper salt (optional)
  4. garam
  5. stevia (optional..)
  6. 1sudu besa cuka makan ( guna apple cider pon boleh )


cara2 :
  1. blend kn semua bhn KECUALI minyak n cuka smp kembang sket..
  2. pastu masukkn minyak masak n blend lagi smp pekat..yg ni memang amik masa sket utk jdkn pekat...
  3. masukkn cuka n blend sebati..




Menu Diet Atkins Seminggu


Kali ini saya nak share satu menu yang sangat sesuai untuk korang yang buat Diet Atkins. Menu ini boleh digunapakai or nak ditambah sesedap rasa korang pon boleh.

saya share bahan ni pon sebab orang pernah share dengan saya. so korang try la... insyaallah kalau buat boleh turun berat badan. Sy dah try buat seminggu jer dah turun 5 kg...

selamat mencuba.

DAY
B’FAST
LUNCH
DINNER
TOTAL CARBO
DAY 1
2 biji telur dadar + bawang merah 1 biji + cili 2-3 hiris (Total carbs 3.0g++)
2 ketul ayam goreng kunyit sederhana besar + sawi goreng (Total carbs 3.0g++)
1 ekor Ikan kembung bakar + sambal (Total carbs 12g++)
18 g

DAY 2
2 biji telur mata (Carbs = 0)

ekor ikan goreng + bayam goreng + sup kosong (carbs = 3g++)

Udang goreng + salad + mayonise resepi barat 1 sudu (carbs = 5 g++)
8g
DAY 3
3 sosej Honey Chick goreng (carbs = 2.1g)
Ayam goreng + telur goreng mata + sup sayur campur 1 mangkuk kecil (carbs = 5g)
Ikan tongkol goreng + kobis goreng (carbs = 7g)
14.1g ++
DAY 4
1 biji telur rebus + 2 sosej Honey Chick goreng (carbs : 1.4g)

: Ikan bakar bersambal + kangkung goreng (carbs : 10g ++)
Butter Prawn + Salad + Mayonis Resepi Barat +r sedikit Sos Garlic Nando's (carbs: 4g)
15.4g
DAY 5
Murtabak sardin (carbs : 2g)

Ayam panggang + 1/2 tauhu jepun goreng telur tanpa kuah + salad + timun kecil (carbs: 7g
Sup daging campur carrot 2 inci dipotong2 (carbs : 10 carbs ++)
19g
DAY 6
2 biji telur dadar kosong (carbs : 0)
Tomyam campur (carbs : 11g)

Telur hancur + 2 sosej honey chicks (carbs : 1.4g)
12.4g
DAY 7
Sup telur (carbs : 5g)

Ayam panggang beli kat K4. Makan isi saja tanpa kulit (carbs : 5g)

Ayam goreng kunyit + sup bayam (carbs : 6g ++)

16g
NOTA :
1. Minum air 1-2 gelas sebelum tiap kali makan
2. Minum 2-3 liter air masak/mineral setiap hari
3. Kiraan carbs adalah secara kasar. Sebolehnya jangan sampai limit 20g tu. Spare sikit untuk carbs tersembunyi.
4. Kiraan carbs adalah termasuk setiap bahan2 masakan tu iaitu bawang, garlic, cili, asam, rempah dll.
5. Ini adalah menu basic. Study cara mengira carbs untuk lebih kreatif ubah suai resepi.
6. Ada banyak lagi resepi/menu yang boleh diubahsuai seperti Udang/Ayam masak lemak, Ikan Bakar Kuah Percik Santan,Sup Ayam, Sup Krim Cendawan, Udang Goreng Cheese, Ayam Ungkep, Ayam/Daging Masak Black Pepper, DLL.


Monday, August 4, 2014

++Kueh Teow Kicap Masam Manis Pedas+++

Belum terlamba rasanya nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua peminat ( ade ke..??? tak malu kan...kikikiki ) dan pembaca belog akak ni...
Hari ini merupakan hari pertama bekerja selepas semingu bercuti sempena hari raya.. dan hari ini merupakan entry pertama untuk bulan ogos ini... wah.. dah lebih setengah tahun dah... kejap jer kan masa berlalu.. dah nak habis dah tahun 2014... tak sabar rasanya nak sampi ke 2015.. boleh mulakan semester baru sebagai seorang pelajar MASTER... Insyaallah...amin.. kawan2 doakan ek...
Ok.. stret to da point je la... Nak resepi Kueh Teow Kicap ni kan... 
ok...ok.... akak faham.. but before that, Kueh Teow ini boleh diganti dengan mee kuning, mee hoon or segala mee yang korang ada.. kalau buh mee laksa ble dak..??? entah.. akk tak pernah try lagi.. cer korang buat dulu.. hahahaha
Sebenarnya, akak ni peminat fanatik dengan kueh Teow kicap ni.. kalau kat ipoh ni sedap makan kat stadium or dkt dgn restoran yg pernah masuk rancangan 2hari 3 malam kalau tak silap.. tapi dah lupe nama dia.. hahahaha... Yang kat stadium tu restoran dia no 65. owner dia cina muslim... yup.. cina muslim, sebab makanan mee kicap ni mmg asal masakan bangsa cina.. (ye la kot.. korang cari la sejarah mee kicap ni sendiri.. akk baca 2 3 belog jer cerita pasal mee kicap ni...) hihihihihihihihi
ok.. sedia ambil pen dan kertas untuk salin resepinya.. tak pon korang kopi and paste jer la...
Bahan utama ;

Kueh Teow sebungkus - akk suke pkai yang kecil punyer (RM2.10)
Taugeh - minta jer kat toke nak 5 kupang (RM0.50)
Bahan untuk kuah Kicap ;
2 biji bawang putih - ditumbuk/kisar halus
1 biji bawang merah - ditumbuk/kisar halus
1 inci halia - ditumbuk/kisar halus
3 sudu besar kicap manis 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat ( kalau ada la.. kalau tak ada pon tak pe)
1 cawan air ( cawan yer.. bukan gelas....)
sedikit lada sula 
serbuk perisa- akak guna secukup rasa meggi
gula jika perlu
Bahan untuk sup
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
 fish ball/cake 
3 cawan air
1 ketul pati ikan bilis ( kalau tak ada guna jer pati apa yg korang ada... jangan pening2.. jangan masukkan PATI dalam sup udah la.. nanti jadi hanibal plak korang.. kakakakakakaka)
paham apa akak merepek..? tak paham tak pe.. duduk diam2.. hehehehehe
seenarnya sup ni terpulang kat korang, korang nak buat sup ayam pon boleh or sup asal. Akak suke buat sup ayam jer sebab kalau boring akk ble jadikan kueh teow sup plak..kan..kan.. bijak kan...
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga mengeluarkan wangian yang sedap.. dah kuning dan garing angkat kluar bawang putih tu.. bawang putih goreng tadi akan kita tabur di atas kueh teow yang nak di ngap...
2. Penyediaan kuah kicap = Dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng bawang putih tadi, masukkan bahan2 yang  ditumbuk/kisar halus tadi dan tumis hingga wangi. kemudian masukkan segala kicap dan sos tiram, air dan bahan2 kuah yang disenaraikan tadi. Klau nak pekat letak air sedikit sahaja.. ikut berapa org yng nak makan. Dah mendidih, matikan api dan biarkan seketika.
3. Penyediaan Sup plak, tumiskan bawang putih dan bawang merah. masukkan air, fish ball or fish cake sebanyak yg korang suke, kemudian masukan pati ikan bilis, garam dan perisa yang secukupnya. biarkan mendidih.
4. Kalau mee kuning or mee hoon rasanya perlu di celur. Tapi untuk kueh teow ni akk tak celur sebab kalau celur dia terlalu lembik, so apa yang akak buat ialah, akak cuci dengan air paip lebih kurang 3 kali ( sampai hilang minyak) dan cucian yang terakhir akak cuci dengan air suam. 
cuci ni bukan macam cuci kain tau.. cara cuci yang akak maksudkan ialah, rendam dalam air then kocak2 guna sudu or tangan ) pastu toskan, then cuci lagi smpai kueh teow tadi nampak kering dan tidak berminyak.
5. Ambil sedikit kueh teow yang dah dicuci tadi, letakkan bawang putih goreng di atasnya, kemudian tuangkan kuah kicap tadi, then masukkan pulak taugeh celur. last boleh taburkan bawang goreng. kalau suka masam perahkan limau nipis dan boleh makan dengan cili potong (kalau suke peda)
siap dan boleh dimakan bersama sup 
Selamat mencuba....
 
## Tips  : 
* Nak lagi pedas buat jer sambal kicap untuk nak makan dengan sup tu, then letak sekali dgn kueh teow tu.. hehehehe 
* Air celuran tu letak sedikit garam supaya nak bagi rangup taugeh, kalau nak lagi rangup, elok jer lepas celur taugeh tu, angkat dan tuang dalam air ais. kompom rangup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola