Klik Jer

Friday, May 16, 2014

+++UDANG GALAH MASAK CILI API BEREBUNG MADU+++



Bahan Perencah:

4 biji Bawang merah 
2 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
5-10 biji cili api (ikut suka)
2 biji cili besar (merah)
1 batang serai
1 inci halia muda
1 sudu kecil asam jawa adabi (air asam pon boleh)
garam dan perisa secukup rasa
sedikit air

* kisar semua bahan perencah di atas dan ketepikan seketika

Bahan Utama :

20 ekor Udang galah (ikut suka)
Rebung Madu (banyak mana yg disuka) - rebus bersama sedikit garam dan ditoskan 
2 helai Daun Kunyit
2 batang serai
250ml Santan (nak buat sendiri santan lagi best)


Ini rupa bentuk pokok rebung madu.. ada orang letak sebagai pokok hiasan kat uma, mcm uma akk la.. tu yg senang nak dapat stok rebung madu.... (setakat ni ambil kat uma mak mertua jer.. hehehehe sebab kami sayang lagi nak ambil rebung kat uma kami... biar banyak dulu kata suami..)

Ni gambar rebung madu yang sudah di buang kulitnya:


Sumber :encik Google..


Cara Memasak :

* Masukkan udang galah dalam periuk, 
* Tuangkan bahan perencah
* Gaul seketika, 
* Tambahkan sedikit air untuk memudahkan digaul.
* Masukkan santan cair ( kalau buat sendiri santan ni, lepas ditapis kita biarkan seketika, asingkan santan yang terapung dan juga yang dibawah- bahagian atas adalah santan pekat )
* Masukkan rebung madu yang sudah direbus dan sejukkan

Biarkan sehingga mendidih

* Masukkan santan pekat
* Masukkan serai dan daun kunyit yang sudah dipotong 

sedia untuk dihidangkan :


Udang + rebung madu juga sesuai dimasak kari mcm gambar dibawah;




Udang galah masak lemak cili api without rebung madu...


S.E.L.A.M.A.T M.E.N.C.U.B.A


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola