Sumber : Yahoo Malaysia
Serai
kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun
tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?
Batang
dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi
minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk
kehidupan seharian.
Mari lihat 6 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.
Memutihkan gigi
Masalah
gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di
atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai
yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda.
Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.
Mengatasi masalah perut
Teh
serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang
usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus
mencegah pembentukan gas berlebihan.
Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika
anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti
dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula
jadi.
Detoksifikasi
Jika
anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi.
Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus
membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah
pinggang.
Melegakan senggugut
Untuk
wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap
pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan
tutut hilang.
Ajen pencegah kanser
Setiap
100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang
terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa
merosakkan sel sihat.
No comments:
Post a Comment
Cer Komen sikit...