Klik Jer

Wednesday, December 25, 2013

++ Sosej Roll Bercheese ++

Wah.. berehat panjang ek... 
Sory la.. akk busy study (konon jer) hehehehe tapi entah la.. mungkin sebab menikmati cuti hujung tahun kot.. hehehehehe..
Tak puas rasanya p Bandung hari tu.. 

Ups.. Ni bukan kat Bandung la... Kat Paris.. Alamak, tersalah upload la plak.. kekekekekeke

Dah.. jom kita tgk apa resepi untuk hari ini.
korang dah baca tajuk entry kan.. so tak perlu la akk nak bacakan lagi ek..
So ini dia bahan2 untuk resepi kali ini

Penggolek..(ape ntah name dia..hahahaha) Klau tak de pakai jer botol kicap lame..

roti (ape brand pon tak pe...) janji rock..

Serbuk roti ( Bungkusan asal dalam plastik, nak bagi cantik buh dalam balang..)

Telor ( klu ini pon tak kenal.. bebiji kang mata tu..kikiki)

Sosej..Gune sosej ape pon boleh.. janji ada logo halal yer...
Akak pkai yg ada cheese coz akk ni suke sangat makan cheeeezeeeeeee...

Orait..... Jom kita tgk macam mana nak buat....



Rebus sekejap sosej tu. Nak celur pon boleh gak...
Tapi akk rebus sampi dia mendidih dalam 1 minit mcam tu je...
Tos kan dan biarkan sejuk.


Lenyekkan Roti sampai macam sehelai kain.
Kalau nak cantik buang yang tepi2 dia tu, tapi akk ni kan tak nak membazir...
si akk lenyek jer sekali... membazir tu kan kawan syaitan.. tak baik..!!



Asingkan putih telur dengan kuning telur.


Ini kuning telur




Balut sosej dengan menggunakan roti yang sudah dienyek tadi dengan ketat.
Sapukan hujung roti dengan kuning telur ( bertindak sebagai gam)
Jangan ambil gam anak plak... hehehehhee


Celurkan kedalam putih telur dan golekkan di atas serbuk roti yang ditabur di atas pinggan.

Kalau nak serbuk roti dia tebal rendam sekali lagi dalam putih telur pastu golek sekali lagi diatas serbuk roti.



Jadi lah macam gambar ni....


Kemudian, panaskan minyak, api sederhana kecil yer... 
Kalau panas sangat nanti hitam serbuk roti tu..



Siap di goreng, boleh potong macam akk buat ni.. tak nak pon tak pe...



Nampak sedap kan... memang sedap pon... Sosej ni beso, makan 2 pon dah kenyang.


Makan dengan sos dan mayonis...



++Selamat Mencuba++

++LasaGna++

Kabare..??? Waras..?? Alhamdulillah...
Satu hari tu kan, akk tgh jenjalan kat blog2... Bila terpandang jer masakan dia trus teringin nak makan... hehehehe
maka tertimbul la gak nak kongsi resepi tu kat dalam Dapur Ola ni mengikut style akak la...
So terima kasih bebanyak kepada tuan empunya belog, kak Ana..
Beginilah rupe bentuk muka bumi LasagNa akk ye..

Ce kite tgk apa bahan2nya..;



Paling penting kena ada kepingan Lasagna tu la..  
Korang tgk la kat gambar tu.. apa? nak akk bgtau gak.. ? okey....

250 ml  susu full krim...

sepatutnya kena ada sos Prego, tapi stok akk habis, 
dah malam malas dah nak kuar, so akk buat ala2 sos akk buat pizza tu.. 
ingat dak..? boleh baca entry Pizza akk ek.. klik sini 
Yang tin Ayam Brand tu apa ek??? Hehehe.. tu akak saja je mendeco2 masakan akk ni.. 



Jangan lupe cendawan butang mcam ni



Bawang Besar dan 5 ulas bawang putih
Potong dadu.. tak pon korang beli 

Twisting Vegetable Chopper

 macam akk punyer...
tak pernah tgk? buka yang ini...


2 keping keju cheesedale


2 sudu Butter

Serbuk lada hitam

Serbuk Oregano



Yang ni lagi satu.. heheheheh patutnya daging kisar, tapi.. macam besala...
experimen mengalahkan masterchef.. ni jer yang akk ada.. kau hade..???
Daging ayam kisar pon jadi la... Korang bubuh la banyak mana yg korang suke.. 
tapi klu ikut kak Ana 400gm.


Mozzarella cheese.. cari kat ruangan sejuk beku kat tesco or mydin.



2 sudu tepung gandum

OKEY....!!!!!

Cara2 nak buat plak;

Cara nak buat inti daging;


Sory la.. akk sempat snap gambar ni jer.. yang lain terlajak sudah.. hehehehe

  • Masukkan 4 sudu minyak masak
  • Tumis bawang yang dicingcang, dah naik bau masukkan daging cincang
  • kemudian tuang sos prego, serbuk origano, black paper, sos cili dan cendawan
  • Gaul hingga sebati dan masak. siap..!! Bersedia untuk next step.
Cara nak buat sos putih;


Cairkan Butter


Masukkan 2 sudu besar tepung gandum, gaul sehingga sebati... Jangan lupa..!!
Guna api kecil sahaja... untuk proses membuat sos putih ini....!!!


Masukkan  250 ml susu Full krim


Masukkan 2 keping cheesedale.. kacau sehingga keju sebati...
Masukkan garam secukunya.. jangan banyak sangat, sbb kat inti daging tadi pon dah bubuh garam..
nanti kemasinan plak.... 


siap...!!

Cara2 melapis LasaGna;


Celur kepingan lasaGna dengan air panas. dan susun di loyang
Then, letakkan inti daging tadi.


Macam ni...


Tuangkan sos putih, tutup sampai inti daging tu tak nampak..
Then tabur dengan Mozarella cheese.. lagi banyak lagi sedap tau...


Lepas tu, ulang langkah tadi sebanyak lapisan yang korang suke....
yang pasti, last sekali letakkan mozarella cheese ye...

Then masukkan dalam oven, 
pastikan korang dah panaskan oven dulu.. dalam 4-5 minit
Bakar guna api atas bawah dengan suhu 180'C selama 30-40 mint..
bergantung kepada saiz Oven korang.
Bila dah perang macam gambar kat bawah ni, kira dah ble kuarkan. 
takut terlebih masak nanti ha.. masak la ko... hehehehehe
hangit la nanti...



Ni kalau dalam pasaran ni mau RM30.00 sebekas ni..


Makan panas2 sedap habaq hang...


Fuyooo.. Nampak tak cheese dia mencair tu... perghhhhh...
ha..! telan balik liur tu.. kikikiki

Okey, selamat mencuba....







Monday, December 2, 2013

***Cili Terpedas Di Dunia***


Salam Semua,
Sapa yang kenal dengan akk ni, memang tau yang akk suke makan makanan yang podeh podeh ni... mengalahkan org nogori kalau korag nak tau.. hehehehe

Kalu jumpe dgn cili ni beli utk akk ek.. hehehehe pas tu pos...

Trinidad Scorpion Butch T, 
Cili ini dikatakan paling pedas di dunia. Dibuktikan oleh Guinness Record dengan ukuran 1, 463,700 Scoville atau unit haba (rating bagi jumlah sebatian kimia dalam cili).

Cili ini sangat pedas sehinggakan kita memerlukan sarung tangan dan topeng muka semasa memasaknya.



Cili yang diberi nama Trinidad Scorpion Butch T berasal dari Republik Trinidad dan Tobago.
Namanya didapati apabila Butch Taylor, seorang pemilik sebuah syarikat sos panas bertanggungjawab menyebarkan benih cili itu. Scorpion pula diambil bersempena bentuk cili itu sendiri dimana hujung badan cili ini tajam dan menyeruoai penyengat pada badan kala jengking.

Teringin nak makan cili ni.. kena p Trinidad la palk.. ok, kite google kat mn Trinidad ni.. 
mcam best jer.. mcam pedas jer...

Sunday, November 10, 2013

++Khasiat Garam++







Kita disogok dgn fakta palsu.
"Ambik garam lebih boleh kena penyakit darah tinggi... ni protokol yahudi."

Kembali kpd cara hidup Nabi SAW... Sblm mkn Nabi SAW letak secubit garam di lidah utk elak santau dan tapis makanan yg akan di makan ...

Sampai di tempat baru...Nabi SAW ambil garam dahulu utk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru...
Utk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama untuk ubati sihir dan santau ...kenapa?

ALLAH cipta garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dlm darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif (pengamalan Darus syifa' utk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh imbangkan balik sistem tubuh kita ...ini sunnah Nabi SAW...

Tp garam boleh jd rosak apabila dimasak atau bertindak balas dgn suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau hendak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam semasa makanan gelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dahulu baru letak garam. Kita panggil "bubuh garam atas darat" mcm orang Arab lakukan. Letak garam semasa hendak makan.

Mengapa? Garam mengandungi sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium akan rosak dlm suhu panas. Oleh kerana tu boleh terkena darah tinggi.

اللَّهُـمّ صَــــــلٌ علَےَ مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل مُحمَّــــــــدْ

Semoga bermanfaat dan sila SHARE dan sampaikan ilmu.. jazakallah.. 

sumber dari tuan punya FB 
Banyak lagi info Disini atau disini dan disini pun ada 

Friday, November 8, 2013

++(Video) Cara Baru Rebus Telur++

Selalunya kalau kita rebus telur, kita dapat hasil macam ni kan...


So mungkin ada yang nak makan yang kuning or nak yg putih jer...

Ada cara baru bagaimana menjadikan scramble sengan hanya merebus.

Jom lihat gambar dibawah untuk mengikuti langkah-langkahnya:

1. Masukkan telur ke dalam kain, atau bahagian lengan baju (lengan panjang)


2. Ikat bahagian kiri dan kanan supaya telur tidak tercampak keluar.


3. Pusingkan lengan baju kemudian sentap dan pusing sekali lagi. ulangi langkah sehingga kunig telur benar2 sebati dengan putih telur.


4. Rebus macam biasa...


5. Tarrrraaaaaaaaaaaaa... Ini lah hasilnya






Kalau tak faham gak... meh tengok vdeo berikut...

Selamat mencuba...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola