Klik Jer

Saturday, June 7, 2014

++PUDING MANGGA SIMPANG EMPAT++

Kenapa nama dia ++PUDING MANGGA SIMPANG EMPAT++...????
Sebab.. mangga tu mangga Simpang Empat.. pernah tgk mangga tu..? 
Kalau korang rajin singgah RnR Gunung Semanggol atau Bukit Gantang, selalu tak beli mangga dalam plastik tu.. selalunya RM2.00 sebekas.. Biasanya diorang guna mangga simpang empat ni la...
Sebenarnya akk pon baru tau nama dia mangga simpang empat.. masa balik kampung baru2 ni.. bapa mertua akk ni belikan mangga simpang 4 ni dengan mangga cekenan... katanya boleh sedekah kat kawan2 kat ipoh nanti.. Tu la salah satu best part bila balik kg.. sebab ble makan macam2.. Tambah plak bapa mertua akak ni jenis kalau anak menantu dia nak balik kg mesti prepare macam2.. cakap jer nak makan ape, dia akan usahakan p beli sana sini... kadang tu beli ikan, daging sampi habis beratus2 ringgit..
Sebab dia kata dia seronok tgk anak menantu dia makan.. Tu yang sayang kat mak and bapa mertua akak..
Love u mak and ayah.....
Ok.. dah panjang lebar dah cite pasal balik kg ni.. Tapi memang habaq hang... kalu balik kampung mmg BESSSSSSSSSSSSSSTTTTTTTTTTTT....
Ok ini resepi puding magga simpang empat.. kalau nak guna mangga lain pon boleh.. tidak menjadi kesalahan.. tapi pastikan mangga yang masak ranum ek.. kalau masam.. nasib la dapat puding masam.. hehehehe
BAHAN UNTUK LAPISAN BAWAH

2 cwn buah mangga masak ranum (potong dadu) + kisar ngan 2 cawan air
1 1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung beras
1 cwn gula
1 cwn air

Cara2
* Blander semua bahan.
* masak atas api yang sederhana sehingga mendidih n likat..
* setelah masak masukkan kedalam bekas pilihan n biar sejuk
* Tidak Perlu + apa2 bahan pewarna.. cukup warna Asli mangga

BAHAN UNTUK TOPPING

1/2 cwn tepung beras
1 cwn santan pekat
1/2 cwn air
1 sudu kecil garam

Cara2
* Blender semua bahan
* masak atas api yang sederhana sehingga mendidih n likat.
* setelah masak masukkan ke atas lapisan pertama (mangga)
* biarkan sejuk
* tambah potongan mangga yg dipotong dadu (bukan hanya hiasan tapi sedap dimakan bersama puding)

Dah siap masukkan dalam peti ais bagi sejuk.. sedap dimakan ketika sejuk...

Tips : Agak2 kalau nak buat puding buah lain boleh tak...??? Harus lah boleh... janji buah yang manis banget....


++Selamat Mencuba++

No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola