Klik Jer

Saturday, June 7, 2014

++Kerabu Mangga Dengan Daun Kadok++

Sempena cuti sekolah ni.. Akk balik kg suami kat Kedah. Akk cukup seronok bila blik kg suami ni.. Suasana kg yg sangat best.. Dengar kicauan burung dan cengrik menenangkan fikiran... All netural... Fresh..
Kebetulan balik kali ini banyak buah mangga dan ulam ulaman tumbuh yg ditanam oleh ibu mertua akk.. 
Memang terbaeeeekkkk...
Bila korang baca tajuk entry kali ini mungkin ada yg tak tau apa itu daun kadok... Secara jujurnya akk pon xkenal sehinggalah ibu mertuaku yg bgtau.. Hahahaha malu i...
Memang pernah dengar daun kadok ni, tapi bila ada pertandingan berbalas pantun je la.. Hehehehe
Ok pokok dia mcm pokok sirih.. Tapi tak menjalar naik macam pokok sirih. Dia hanya tumbuh menjalar di tanah.. Mak mertua akk kata kalau pokok kadok dia menjalar naik ke atas tu kira hebat la.. hehehehe

Gambar atas : Pokok Daun Sirih

Gambar bawah : Pokok Daun Kadok

 


Daun dia nampak serupe kan.. Daun kadok ni bila makan rasa macam ada mint.. dan sedap la jika dibandingkan makan daun sirih.. Itu bagi akak la yang tak reti makan daun sirih ni.. Kang marah plak orang yang suke makan daun sireh.. hehehehe...

Ok.. Bahan2 untuk membuat kerabu ni simple jer... tgk gambar di bawah untuk bahan utama..


BAHAN-BAHAN

Sebiji mangga dan disagat kasar
Daun Kadok ( sebanyak yang dikehendaki) dihiris nipis.. jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.. sedang-sedang...
2 ulas bawang merah dihiris

Bahan-bahan berikut dikisar

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cawan kelapa parut
2 sudu udang kering - Kalau tak ada udang kering, ganti dengan udang basah, tapi pastikan rebus dulu sehingga masak dengan sedikit air.. (air dia jgn buang, boleh campur dalam kerabu nanti.. sebab tu air yg sedikit)

1 inci halia
sedikit air
2 biji cili api ( kalau nak pedas.. kalau tak nak tak payah letak)
garam dan gula secukup rasa

Campurkan semua bahan dan gaul sebati...


Mangga dan daun kadok yang sudah dihiri halus



Bahan yang dikisar dicampurkan dengan bahan yang dihiris halus






Gaul sehingga sebati...


Tarrraaaaaaaaaaaaaaaa... Ini lah hasilnya....


Sedap hingga menjilat jari...



Time ni makan ulam dan kerabu yang diimport khas resepinya dari ibu mertuaku...



Beginilah suasana keluarga mertua bila balik kampung.. Seronok makan ramai2.. Ibu mertua time ni buat chickenChop... Meraikan harijadi anak teruna dia sorang tu.. my Hubby lah.. hehehehhehe.. Thanks Mak... Love u... 


++Selamat Mencuba++

No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola