Klik Jer

Sunday, June 22, 2014

++Juadah Berbuka Puasa : LAKSAM++



Dikesempatan ini, akk ank ucapkan selamat mengerjakan ibadat Berpuasa tidak lama lagi. 29hb Jun ini InsyaAllah kita semua akan berpuasa.

Seminggu lagi nak puasa akak dah fikir menu2 yang nak dimasak buat berbuka dan bersahur nanti..
InsyaAllah akak akan cuba share menu dan jamuan yang simple dan sedap untuk dijadikan pembuka selera di bulan Ramadhan yang mulia ini.

So Ini antara menu yang sesuai dijadikan menu berbuka puasa ;

Sory ek.. gambar dah hilang dlm simpanan.. 

LAKSAM

Bahan-bahan
3cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4cwn air suam

bahan kuah:
Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
Sdkt halia
Sdkt bwg putih
Sdkt bwg merah/besar
Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
Santan
Asam keping
Sdkt garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam
timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

Cili:
cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara

Cara buat laksam:
 Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

Untuk kuah:
kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Untuk cili:
cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola