Klik Jer

Wednesday, July 24, 2013

Sardin Masak Asam Pedas

Salam Ramadhan....

Kak Ola nak share satu resepi yang ringkas. Sesuai dimasak untuk juadah bersahur. 


Bahan-bahan

* Ikan Sardin 1 Tin 
* Bawang merah 2 ulas
* Bawang putih 2 ulas
* Halia
* Cili Besar
* Cili Api (kalau nak pedas)
* Asam Keping ( nak guna asam pekat adabi pon boleh,)
* Daun kesum
* Bunga kantan
* Tomato 1 biji
* Sayur kacang panjang
* Telur 1 biji (Jika perlu)
* Garam / serbuk perisa secukupnya

Cara-cara

  1. Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili besar
  2. Potong halia dan cili api 
  3. Potong sayur kacang panjang, tomato dan bunga kantan
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan cili besar yang telah dihiris. 
  5. Apabila bahan tumisan tadi sudah wangi, masukkan ikan sardin tadi, tambahkan sedikit air. Biarkan seketika dan masukkan sayur kacang panjang, bunga kantan, daun kesum, tomato, halia dan cili api.
  6. Masukkan asam keping atau asam pekat adabi secukupnya. Kemudian masukkan telur dibahagian tepi supaya telur cepat masak. (Jika perlu).
  7. Hidangkan...

Selamat mencuba... 

# Tips.....
  1. Ikan Sardin tin besar sesuai untuk hidangan 4 - 5 orang. Manakala yang saiz kecil sesuai untuk hidangan 2 orang.
  2. Minyak tak perlu guna banyak sangat, sebab ikan sardin sudah mengandungi sedikit minyak. Untuk resepi ini, saya menggunakan planta menggantikan minyak.





2 comments:

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola