Hari ini Kak Ola nak share satu resepi yang sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa. Hidangan ini juga sangat sesuai waktu makan tengahari.. tambah pulak dengan sambal sabahnya.. pergh.. meletop.. hehehehe jangan makan tengahari sekarang, lepas raya ek...
Ok ini resepinya....
Bahan ;
- Ikan Kembung ( dibelah ditengah- nak senang belah kat bahagian kepala)
- Tepung gandum
- Bawang Besar / merah ( potong halus/tumbuk pun boleh)
- Sedikit daun kari
- Telur
- Secubit serbuk kunyit
- Cili api ( kalau tak nak pedas tak perlu letak)
- Limau kasturi
Cara-cara;
- Gaulkan semua bahan macam kita nak buat cucur tu dengan menambah sedikit air mengikut kesesuaian
- Tambahkan telur, serbuk kunyit, garam, serbuk perisa (terpulang nak letak ke tak) dan gaul sehingga sebati. Pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Panaskan minyak dengan api sederhana
- Celupkan ikan kembung tadi ke dalam adunan dan goreng
- Setelah masak gunakan dawai/jaring pada kuali untuk memastikan lebihan minyak pada ikan dapat tersejat.
- hidangkan dan bolehlah perah limau kasturi di atas ikan tadi (tak nak pun boleh)
Selamat mencuba...
#Tips
- Jangan lupa, baca selawat dan zikir semasa memasak... Inn Syaa Allah mendapat berkat... Semoga keikhlasan kita memasak menambah kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga...amin
No comments:
Post a Comment
Cer Komen sikit...