Klik Jer

Monday, August 4, 2014

++Kueh Teow Kicap Masam Manis Pedas+++

Belum terlamba rasanya nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua peminat ( ade ke..??? tak malu kan...kikikiki ) dan pembaca belog akak ni...
Hari ini merupakan hari pertama bekerja selepas semingu bercuti sempena hari raya.. dan hari ini merupakan entry pertama untuk bulan ogos ini... wah.. dah lebih setengah tahun dah... kejap jer kan masa berlalu.. dah nak habis dah tahun 2014... tak sabar rasanya nak sampi ke 2015.. boleh mulakan semester baru sebagai seorang pelajar MASTER... Insyaallah...amin.. kawan2 doakan ek...
Ok.. stret to da point je la... Nak resepi Kueh Teow Kicap ni kan... 
ok...ok.... akak faham.. but before that, Kueh Teow ini boleh diganti dengan mee kuning, mee hoon or segala mee yang korang ada.. kalau buh mee laksa ble dak..??? entah.. akk tak pernah try lagi.. cer korang buat dulu.. hahahaha
Sebenarnya, akak ni peminat fanatik dengan kueh Teow kicap ni.. kalau kat ipoh ni sedap makan kat stadium or dkt dgn restoran yg pernah masuk rancangan 2hari 3 malam kalau tak silap.. tapi dah lupe nama dia.. hahahaha... Yang kat stadium tu restoran dia no 65. owner dia cina muslim... yup.. cina muslim, sebab makanan mee kicap ni mmg asal masakan bangsa cina.. (ye la kot.. korang cari la sejarah mee kicap ni sendiri.. akk baca 2 3 belog jer cerita pasal mee kicap ni...) hihihihihihihihi
ok.. sedia ambil pen dan kertas untuk salin resepinya.. tak pon korang kopi and paste jer la...
Bahan utama ;

Kueh Teow sebungkus - akk suke pkai yang kecil punyer (RM2.10)
Taugeh - minta jer kat toke nak 5 kupang (RM0.50)
Bahan untuk kuah Kicap ;
2 biji bawang putih - ditumbuk/kisar halus
1 biji bawang merah - ditumbuk/kisar halus
1 inci halia - ditumbuk/kisar halus
3 sudu besar kicap manis 
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat ( kalau ada la.. kalau tak ada pon tak pe)
1 cawan air ( cawan yer.. bukan gelas....)
sedikit lada sula 
serbuk perisa- akak guna secukup rasa meggi
gula jika perlu
Bahan untuk sup
1 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
 fish ball/cake 
3 cawan air
1 ketul pati ikan bilis ( kalau tak ada guna jer pati apa yg korang ada... jangan pening2.. jangan masukkan PATI dalam sup udah la.. nanti jadi hanibal plak korang.. kakakakakakaka)
paham apa akak merepek..? tak paham tak pe.. duduk diam2.. hehehehehe
seenarnya sup ni terpulang kat korang, korang nak buat sup ayam pon boleh or sup asal. Akak suke buat sup ayam jer sebab kalau boring akk ble jadikan kueh teow sup plak..kan..kan.. bijak kan...
Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga mengeluarkan wangian yang sedap.. dah kuning dan garing angkat kluar bawang putih tu.. bawang putih goreng tadi akan kita tabur di atas kueh teow yang nak di ngap...
2. Penyediaan kuah kicap = Dengan menggunakan minyak lebihan menggoreng bawang putih tadi, masukkan bahan2 yang  ditumbuk/kisar halus tadi dan tumis hingga wangi. kemudian masukkan segala kicap dan sos tiram, air dan bahan2 kuah yang disenaraikan tadi. Klau nak pekat letak air sedikit sahaja.. ikut berapa org yng nak makan. Dah mendidih, matikan api dan biarkan seketika.
3. Penyediaan Sup plak, tumiskan bawang putih dan bawang merah. masukkan air, fish ball or fish cake sebanyak yg korang suke, kemudian masukan pati ikan bilis, garam dan perisa yang secukupnya. biarkan mendidih.
4. Kalau mee kuning or mee hoon rasanya perlu di celur. Tapi untuk kueh teow ni akk tak celur sebab kalau celur dia terlalu lembik, so apa yang akak buat ialah, akak cuci dengan air paip lebih kurang 3 kali ( sampai hilang minyak) dan cucian yang terakhir akak cuci dengan air suam. 
cuci ni bukan macam cuci kain tau.. cara cuci yang akak maksudkan ialah, rendam dalam air then kocak2 guna sudu or tangan ) pastu toskan, then cuci lagi smpai kueh teow tadi nampak kering dan tidak berminyak.
5. Ambil sedikit kueh teow yang dah dicuci tadi, letakkan bawang putih goreng di atasnya, kemudian tuangkan kuah kicap tadi, then masukkan pulak taugeh celur. last boleh taburkan bawang goreng. kalau suka masam perahkan limau nipis dan boleh makan dengan cili potong (kalau suke peda)
siap dan boleh dimakan bersama sup 
Selamat mencuba....
 
## Tips  : 
* Nak lagi pedas buat jer sambal kicap untuk nak makan dengan sup tu, then letak sekali dgn kueh teow tu.. hehehehe 
* Air celuran tu letak sedikit garam supaya nak bagi rangup taugeh, kalau nak lagi rangup, elok jer lepas celur taugeh tu, angkat dan tuang dalam air ais. kompom rangup.

No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola