Klik Jer

Sunday, July 13, 2014

Piala Dunia FIFA 2014


Mesti ramai yang dah tgk piala dunia kan.. Macam2 kita dengar pasal piala dunia tahun ini yang berlangsung di Brasil. Opkos akak minat tgk bola walaupun akak bukan kenal snagat semua pemain tu.. hahahaha (untung la sapa yang glemer jer akak tau..kikiki)

Ok mengenai piala dunia tahun ini, dari mula lagi akk sokong Germany. dan akak tak sangka Germany boleh masuk final.. hehehehe.. nak djadikan cerita, anak murid ada tanya cikgu sokong sapa, masa tu memang tak terfikir apa2 pon nak sokong sapa. tapi dah budak2 ni tanya dan nak tahu so akak pon sokong lah Germany.. so habis kat situ jer..

Masa Germany lawan Brasil, en. suami siap bangun awal tgk perlawanan tu, bila dah nak sahur baru dia kejut suh bangun masak. Pastu soalan pertama kluar.. "brapa dah gol??" dengan selamba en. suami berkata... Brazil dah kena 6 biji... Pergh.. time tu la baru akk beria2 nak sokong Germany.. hahahaha.. dan-dan kata kat suami... "...kan syg dah ckp dah.. Germany mesti menang punyer..."

Belagak kejap.. kikikiki Bila Brazil lawan dgn Nethelands @ Holland @ Belanda ni, rasa kesian kat Brazil pon ada.. hehehehehe..
ha..!!! part ni yang akak nak share sebenarnya...
jeng...jeng... jeng...


Bila akak tgk perlawanan tu, satu akak puji penyokong2 Brazil ni ..

1. Depa setia menunggu sehingga habis perlawanan walaupun dah kena blasah.

2. Ramai datang memberi sokongan walaupun hanya untuk meebut tempat ke 3 dan ke 4

3. Bila habis perlawanan, akak tak nampak pon ada nyalaan suar kat tempat penyokong macam kat negara kita..

4. Tak ada pon penyokong baling botol, tisu dan segala mak nenek sampah ke dalam padang...

Pendek kata, Perlawanan mereka masih jauh berbeza dengan perlawanan negara kita...
(jangan marah yer penyokong Harimau Melaya..akak pon sokong korang) 



Merosakkan harta benda negara rasanya amat merugikan...


But honestly, ini pendapat akak...
Dunia memandang kita, memerhati kita, mungkin pemain kita boleh berubah dan belajar untuk memperbaiki mutu persembahan mereka, so kita sebagai penyokong pon mungkin dan harus berubah untuk menjadi penyokong yang berdisiplin demi menjaga nama baik negara kita.
Dah kalau dunia melihat banyak insiden yang menakutkan, kompom depa takut nak mai..
Ye.. kat luar negara pon tak kurang hebatnya kan, tapi buat apa kita nak bandingkan dengan depa, baik lah kita contohi negara yang berdisiplin macam perlawanan FIFA ni...


Mungkin juga peraturan bola sepak sendiri itu diubah suai.. hehehe.. macam peraturan hoki..
Korang pernah datang tgk perlawanan Hoki tak? Korang perasan tak stadium dia mcmn? dekat jer penonton dengan pemain kan, tapi disiplin ok. tak da yang gaduh2.. kalau ada pon peratusnya tak tinggi.
Misalnya, pemain hoki yang melakukan kesalahan diberikan kad Hijau dan Kad Kuning jika melakukan kesalahan. Denda dikenakan ialah pemain itu diberi rehat selama 2 minit jika mendapat Kad Hijau. Kalau dapat Kad Kuning, pemain itu diberi rehat selama 5 minit
Masa akan bermula dan dikira sehingga pemain tersebut duduk di bangku rehat. So kat sini apa yang paling penting ialah pengadil yang berkaliber dan betul2 peka. Pemain pula hendalah berdisiplin. Diorang tak ada masa nak argue keputusan pengadil. 

Ini just pendapat akak.. akak suka sukan sebab tu akak kongsi pendapat sebagai peminat sukan dan penyokong semua perlawanan dalam sebarang pertandingan yang diambil oleh negara kita khasnya.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..!!

No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola