Klik Jer

Thursday, September 5, 2013

**Pizza MeAmore**

Okey kesayangan beta...hhehehe
Seperti yang akak janjikan.. ini dia resepi pizza yang akak buat semalam.. 
before that, lets enjoy first... hehehehe kita layan gambar2 pizza yang akk dah buat k..




Ini cebisan pizza 1/4 .. hehehehe dah kena makan 3/4 kikikiki



Lihat topping dia tu.. menyelerakan bukan.. ada cheese.. ada nenas potong, cendawan, lada benggala ( bukan bangla tau..) 



Okey yang ini full.. pastinya sedap..

Now.. jom tgk bahan2 plak..

tak payah salin resepi lah kalu ceng gini.. just look at the pictures bellow..


Antara bahan yang digunakan, nenas potong, cendawan, lada benggala, daging burger yang dihancurkan dan juga mozzarella cheese (pastikan mozzarella tau.. baru sedap..)


Apa ni..?? orait yang ini airsuam yang dicampurkan dengan yis, gula, garam dan minyak... unutk buat doh..

ok.. korang salin jela resepi ni;

Roti
  • 1 camca terh yis kering
  • 1 cawan air suam (105 - 115 darjah)
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
Perencah Pizza
  • 150 gm daging cincang/udang/perisa yang dikehendaki
  • 1 cawan tomato sos
  • 2 camca teh oregano
  • 1 1/4 camca teh garam
  • 2 - 4 biji tomato yang dicincang dadu
  • sedikit bawang merah, bawang putih dan halia (dimayang)
  • 1 biji bawang besar- dihiris bulat
  • 1 biji bell pepper dihiris (jika ada)
  • 2 cawan mozzarella cheese yang dihiris
  • cili merah dihiris
Cara Membuat
  1. Hancurkan yis ke dalam air suam, masukkan gula, garam dan minyak
  2. Tuangkan ke dalam tepung. Gaul sehingga sebati menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh dan biarkan selama 5 minit
  3. Masukkan ke dalam acuan pizza dengan cara menekan sehingga penuh dan rata. (pastikan acuan sudah diletakkan minyak/majerin dan disapu dengan tepung untuk mengelakkan daripada pizza anda melekat dengan acuan)
  4. Sapukan sos pizza ke atas doh
  5. Taburkan daging cincang/udang (apa je perisa yang dimahukan), bawang, nenas, cendawan dan akhir sekali taburkan mozzarella cheese
  6. Masak dalam oven (suhu 180) yang sudah dipanaskan lebih kurang 20-30 minit.
Cara Membuat Sos
  1. Panaskan sos tomato bersama buah tomato dan bawang merah, bawang putih, halia.
  2. Tambahkan garam secukup rasa.
  3. Jika suka pedas, campurkan dengan sos cili
  4. Kacau sehingga pekat dan tidak berair
TIPS#
Seelok-eloknya buat sos terlebih dahulu. Sejukkan sebelum buat roti.



Macam nilah cara meletakkan doh ke dalam acuan... bahagian tepi tu tarik2 sikit bagi naik supaya sos dan topping nanti tidak melekat pada bahagian tepi acuan.. 


Yang ini sos dan daging kisar yang diletakan di atas doh tadi



semua bahan sudah diletakkan.. tinggal masuk oven....



Tarra... ini baru kuar oven.... Aik.. pelik kan.. masuk tadi segi empat.. kuar bulat.. magic kan.. hehehehe
tak de la.. yang ni gambar lain... tapi yang ini pon akk yang buat.. bentuk je lain...


Macam ni la rupenyer kalau buh cheese banyak.. sedapkan.. 
Apa lagi.. p bli bahan2 then boleh buat kudap2 petang ni.. hehehe




++Selamat Mencuba++

3 comments:

  1. yis kering tu sama dgn mauripan ke?kalu gunn mauripan mcmane sukatannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear.. guna mauripan je. yis kering tu yang ibu roti tu la.. yg sebungkus rm1 tak silap. untuk sebungkus tu boleh buat 2 adunan.

      Delete

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola