Klik Jer

Saturday, October 26, 2013

+++ Nasi Goreng Daging Sedap & Mudah+++

Salam............
Tajuk tu macam dah tau dah kan.. hehehehe Sory la musim buat esemen ni smua masakan kalu boleh nak yang pantas2 jer... Kalau nak lagi pantas kena bli kat luar la.. tapi hak tu yg tak mau tu.. nanti pantas jer duit kluar.. hahahahaha.. ye la.. macam2 nak makan.. mcm petang tadi.. Akak p kursus, so depa bagi la makan, udah makan and balik ternampak kedai tutty fruity tu... apa lagi singgah la.. melayang RM17.90 aku.. hehehehe

Jom tgk apa yg pantas sangat akk masak ni..


Akk masak tadi ni ha.. request from en.suami.. katanya balik surau nanti dia nak makan nasi goreng daging .. nasib baik ada daging sedekah org buat korban kat sekolah tempo hari..

So jom kita intai resepinya ( apa yg ada kat dapur je tau... baru betul2 pantas..)..

Bahan
  • Nasi sejuk (ikut suka nak banyak mana)
  • Bawang merah dan bawang putih dihiris-hiris
  • Bawang bombay sebiji dipotong
  • of cos la daging dihiris nipis
  • kayu manis sebatang/ separuh
  • Sayur (apa yg ada dalam peti ais cthnya brokoli, kacang buncis, kailan dll)
  • kicap (akak pakai kicap manis ABC made from Indonesia)
  • sos cili
  • Garam / Perisa secukupnya
Cara memasak
  • Tumiskan bawang, ( akak tumis tak guna minyak, tapi planta) sehingga wangi.
  • Masukkan daging yang sudah dipotong nipis. Biarkan sehingga jus daging keluar sendiri (gunakan api perlahan)
  • Masukkan kicap dan sos, kalau ada sambal belacan adabi, boleh masukkan sedikit.
  • Masukkan sayur dan gaul sehingga sebati dan tambahkan garam dan perisa secukupnya.
  • Tidak perlu masukkan gula kerana kicap sudah manis. Awas, garam tak perlu banyak sangat, bergantung kepada tahap kemasinan kicap yg anda gunakan.
  • Masukkan nasi dan gaul sehingga sebati.
  • Siap dan boleh dihidangkan bersama tempe goreng dan keropok.
Selamat mencuba...


No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola