Klik Jer

Friday, February 14, 2014

++AisKrim++

Jom Buat aiskrim sendiri.. kompom sedap

Bahan2 ;

1 tin susu cair

1/2 tin susu pekat

1 biji telur

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu besar ovalett


Cara2nya;

Campurkan semua bahan dengan menggunakan mixer sampai kembang dan sebati.

Jangan lupa, pastikan guna bekas yang besar bila nak miz ek..

takut nanti mengembang sampai 3 kali ganda..

Pastu korang letaklah perisa dan warna yang korang nak.

kalau nak nampak lebih dramatic, bubuh dalam bekas aiskrim yang dah habis tu...

Letakkan dalam peti ais beku semalaman or smpi keras and dah ble makan...

Jom kite tgk gambar ais krim yang dah jadi
(sumber en. gugel)





Ha... yang ni gambar akk sendiri....
Tengah menikmati aiskrim sambil minum petang





++Selamat Mencuba++

++AisKrim Goreng++

Adik2 akak sihat,...??? Dah masak belum....??? Kalau dah masak alhamdulillah...
Jom kite tgk apa plak resepi yg akk nak share ni....
Tadaaaaaaaaaaaaa.. Ini lah resepi yang akk nak shere.. 
petang2 macam ni mmg sesuai kalau pekena aiskrim goreng...

Jom tgk apa bahan2nya;

1. Roti Gardenia (ape2 jenama pon boleh)


2. Aiskrim ( apa2 perisa yang korang suke)

Kalau nak buat sendiri ais krim tu pon boleh... klik di sini untuk resepi aiskrim


Cara buatnyer...

1. Letakkan aiskrim kat atas roti seperti gambar di bawah


2. Ambil sekeping roti lagi, dan telangkupkan di atas roti yang ada aiskrim tadi.



3. Ambil cawan or mug dan tekan kuat2 kat roti tadi.



4. hasilnya macam ni lah... klu ada aiskrim yg terkeluar ckit tu, pandai2 la lipat2 ek.. hehehe kepit jer roti tu..


5. Goreng dalam 8-10 saat di dalam minyak 
(api sederhana, klu api kuat lagi sekejap jer la kena masukkan roti tu..)

Hasilnya......


Kena makan  cepat.. nanti aiskrim nyer cayaq...



++Selamat Mencuba++

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola