Klik Jer

Friday, January 10, 2014

++ Isteri = Dapur ++



Seringkali kita dengar pesanan orang tua walau setinggi mana darjat wanita itu, dapur jugalah tempatnya...
Betul ke???
Ada yang setuju?? Ada yang tak setuju ke??
Pendapat akak, ada betulnya. kalau tak betul pun itu cuma kata2, kenapa nak ambil pusing.. 
Apa yang paling penting tanggungjawab isteri itu sendiri.

Mungkin akk cakap mcm ni sbb akk minat masak...

"..akk tak pela.. pandai masak..''

What???? ingat akk lahir2 trus pegang kuali dan senduk ke dik...??


Baca sendiri pesan ustat Azhar Idrus tu dik...
Akk dulu pon tak pandai masak... tapi memikirkan itu sebagai tanggungjawab dan bukannya bebanan, so akk lakukannya dengan KEIKHLASAN hati...


Kalau kita sedar akan rasa tanggungjawab kita sebagai seorang ISTERI, kita tahu bagaimana menjalankannya. Sekiranya IKHLAS itu tidak wujud, dikuatiri nanti timbul MERUNGUT dan BERKIRA dari pelbagai aspek....
Nanti mula lah macam bangau oh bangau...

Pokok pangkalnya, air tangan isteri dapat mengeratkan lagi bibit cinta antara pasangan suami dan isteri.
Apa yang akk cuba amalkan setiap kali masak ialah memperbanyakkan berzikir dan selawat sambil memasak. Ini bukan sahaja memberikan pahala, tapi ianya dapat mengubah bentuk fizik makanan itu sendiri. maksud akak Zarahnya berubah apabila kita perdengarkan dengan bacaan yang ada dalam AL-QURAN..

Pernah tgk tak molekul air yang dibacakan dengan ayat Al-Quran dan air yang diperdengarkan dengan kata2 yang buruk?


Jadi, mari lah kita sama2 mendidik diri bukan kerana dasar TANGGUNGJAWAB sahaja, namun kerana SAYANG kita terhadap SUAMI dan keluarga.

Pernah lihat bagaimana raut wajah suami dan anak2 bila dihadapan makanan yang kit amasak..??
Cuba lihat sedalam-dalamnya... pastinya kita merasa puas bukan?? Tatkala mereka melontarkan kata "..sedapnya.."
itu merupakan ungkapan paling bernilai dari emas dan permata...(..walaupun tak dalah sedap mana pon..)
Tapi, itu lah cara mereka pula untuk memenangi hati kita... 

Alhamdulillah, hadiah yang paling berharga dalam hidup akak, akak dapat setiap hari... Akak tak perlu hadiah ulangtahun perkahwinan atau hadiah hari lahir. Hadiah ini sangat bernilai dalam hidup akk. 
Apa hadiah itu???

Setiap kali lepas makan, suami akan mengucapkan TERIMA KASIH lalu mengucup pipi sebagai tanda terima kasih kerana masak untuk dia... 
Akak sangat menghargainya.. Terima kasih suamiku... 
Dia tak pernah jemu dalam memberi HADIAH itu kepadaku setiap hari....

Jadi... para wanita sekalian, jom kita masak....




No comments:

Post a Comment

Cer Komen sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola