Klik Jer

Friday, January 10, 2014

++ Isteri = Dapur ++



Seringkali kita dengar pesanan orang tua walau setinggi mana darjat wanita itu, dapur jugalah tempatnya...
Betul ke???
Ada yang setuju?? Ada yang tak setuju ke??
Pendapat akak, ada betulnya. kalau tak betul pun itu cuma kata2, kenapa nak ambil pusing.. 
Apa yang paling penting tanggungjawab isteri itu sendiri.

Mungkin akk cakap mcm ni sbb akk minat masak...

"..akk tak pela.. pandai masak..''

What???? ingat akk lahir2 trus pegang kuali dan senduk ke dik...??


Baca sendiri pesan ustat Azhar Idrus tu dik...
Akk dulu pon tak pandai masak... tapi memikirkan itu sebagai tanggungjawab dan bukannya bebanan, so akk lakukannya dengan KEIKHLASAN hati...


Kalau kita sedar akan rasa tanggungjawab kita sebagai seorang ISTERI, kita tahu bagaimana menjalankannya. Sekiranya IKHLAS itu tidak wujud, dikuatiri nanti timbul MERUNGUT dan BERKIRA dari pelbagai aspek....
Nanti mula lah macam bangau oh bangau...

Pokok pangkalnya, air tangan isteri dapat mengeratkan lagi bibit cinta antara pasangan suami dan isteri.
Apa yang akk cuba amalkan setiap kali masak ialah memperbanyakkan berzikir dan selawat sambil memasak. Ini bukan sahaja memberikan pahala, tapi ianya dapat mengubah bentuk fizik makanan itu sendiri. maksud akak Zarahnya berubah apabila kita perdengarkan dengan bacaan yang ada dalam AL-QURAN..

Pernah tgk tak molekul air yang dibacakan dengan ayat Al-Quran dan air yang diperdengarkan dengan kata2 yang buruk?


Jadi, mari lah kita sama2 mendidik diri bukan kerana dasar TANGGUNGJAWAB sahaja, namun kerana SAYANG kita terhadap SUAMI dan keluarga.

Pernah lihat bagaimana raut wajah suami dan anak2 bila dihadapan makanan yang kit amasak..??
Cuba lihat sedalam-dalamnya... pastinya kita merasa puas bukan?? Tatkala mereka melontarkan kata "..sedapnya.."
itu merupakan ungkapan paling bernilai dari emas dan permata...(..walaupun tak dalah sedap mana pon..)
Tapi, itu lah cara mereka pula untuk memenangi hati kita... 

Alhamdulillah, hadiah yang paling berharga dalam hidup akak, akak dapat setiap hari... Akak tak perlu hadiah ulangtahun perkahwinan atau hadiah hari lahir. Hadiah ini sangat bernilai dalam hidup akk. 
Apa hadiah itu???

Setiap kali lepas makan, suami akan mengucapkan TERIMA KASIH lalu mengucup pipi sebagai tanda terima kasih kerana masak untuk dia... 
Akak sangat menghargainya.. Terima kasih suamiku... 
Dia tak pernah jemu dalam memberi HADIAH itu kepadaku setiap hari....

Jadi... para wanita sekalian, jom kita masak....




++Kuey Teow Ladna nyaman++

Yeeee... dah masuk tahun baru.. then, this is the first entry for 2014... wow...!!!
Unbelievable...!! That's mean umur makin meningkat...
Fuhhhh...!!
But.. syukur alhamdulillah.. maish diberi kesempatan untuk bernyawa di muka bumi ini walaupun kita sudah sedia maklum yang semua ini hanyalah sementara...
K, now, according to the tittle of my entry,
Akk memang penggemar makan ladna...
Asyik makan kat kedai jer, cer try buat sendiri kompom best..
Cer korang tgk Kuew Tiaw ladna akk.. Pergh,... 


Kompom Sedap habaq hang....


meleleh ayaq lioq kan..
Ok, hafal resepi ni ek.. senang jer...

Bahan2 yang diperlukan

1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan guna blakang pisau..heheheh... klu suke pedas, buh banyak2)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan ( kalau tak letak pun tak pe)
sedikit kicap

Bahan hiasan:
Cili hidup merah dan hijau, Limau kasturi , Daun sup, Daun Bawang

*AIR REBUSAN AYAM & DAGING ( klu xmo pon takpe)
cara2 membuat air rebusan ini anda memerlukan...
*200 gm daging (hiris nipis)
*300 gm dada ayam (potong kiub)
*1 kiub ayam
500 ml air (kalau nak kuah banyak,tambahkan lagi)
rebus semua *bahan2 di atas sehingga empuk. asingkan kuah dengan isi ayam and daging. isi ayam dan daging angkat dan toskan.

Cara membuat;
1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick
 3. Angkat dan biarkan seketika.

Step 1- 3 boleh ganti dgn mencelur trus jer kuey Teow tu then campur kicap.

4. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.
5. Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
6. Masukkan sos tiram,taucu dan sos ikan.
7. Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi
8. Bila dah mendidih,masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.

(Klu nak buh cendawan butang, dan lain2 sayur pon boleh)
ikut kreativiti masing2...

9. Perahkan sedikit limau kasturi
10. Akhir sekali masukkan udang,sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi....
11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi.




++Selamat Mencuba++

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola