Klik Jer

Wednesday, June 17, 2015

Tip : Cara Menumbuk Sambal Belacan dengan SELAMAT

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...
Bersyukur sangat, sebab dipanjangkan usia dan kita dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini... Untuk kali ini, Ola nak share apa yang ola buat bila nak tumbuk sambal belacan...
Tambah pula puasa2 ni lalu makan bersahur especially, mesti nak makan besambal kan.. baru tekak tu rasa selera nak makan menambah... kan...
Korang tengok la lesung batu Ola yang cute ni... bila menumbuk sambal kompom selamat.. hehehehe
Ola buat cover tu daripada penutup polistrin air laicikang/ais kacang (kalau bungkus). 
Ola pernah guna penutup bekas lutsinar yg pelbagai bentuk tu, tapi material dia mcm keras sikit, so senang pecah, tak tahan lama. Penutup ni lembut ckit, senang nak potong.

Cara membuat ; 


1. Potong bentuk X dibahagian tengah (agak2 la boleh muat nanti nak masuk dalam alu lesung batu korang)


2. Potong jangan terlalu panjang, nanti luas sangat bukaannya. Korang try dulu masukkan pada bahagian alu lesung batu, nanti korang boleh ejas berapa panjang lagi nak di potong.

Itu jer... senang kan...
Lepas ni tumbuk sambal belacan menjadi mudah dan selamat....




Selamat mencuba....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola