Klik Jer

Friday, September 27, 2013

*** Durian Crepe***

Durian Crepe

Salam..

Sory sebab dah lama tak update blog.. yelah, sibuk buat asignment, then budak2 UPSR lagi. n macam2 program kat sekolah.. kena faham la sebab dah nak masuk hujung tahun.. kena clear kerja2 be4 next year..'

so kali ini Kak Ola share kan kueh kegemaran akak.. 
kalu korang google resepi ni korang akan jumpe macam2 resepi.. dan seperti sedia maklum akak akan cuba semuanya.. hahahaha
dan akhirnya akk jumpe satu resepi yang sedap dan menjadi...
tang crepe dia tu yang kena menjadi.. sebab mesti nipis dan sedap. kalau tebal tak syok.. hehehehe

ok.. jom intai2 dulu gambar yang akak dah snap


Yang ini inti dia nanti.. korang kena beli mcm dalam gambar dibawah...(murah dan sedap)


Harga pasaran RM 8.50 ( lebih dari tu mintak diskaun kat tokey kedai..hehehehe)



Isi durian yang dilenyek sedikit.


Crepe yang berwarna pink..



Isi durian diletakkan diatas weeping cream ( Terbalikkan crepe klu nak isi cream.. yang halus n cantik kat bawah, yang kaso n hangus ckit buh kat atas..)


Isi durian dengan weeping cream


Isi durian dengan weeping cream


Balut secara melipat kiri kanan dan  atas bawah  ..



Dah siap....

Ini Resepinya

Bahan-Bahan
ü  20gm tpg gndum
ü  20gm tepung ubi
ü  10gm tpg kastard
ü  10gm tpg jagung
ü  1 biji telur
ü  1 sdb myk masak
ü  1 sdb gula halus
ü  40ml susu cair
ü  150ml air
ü  pwrna kuning
Cara-cara
ü  masuk sume bhn dlm mngkuk..sebatikan dgn whisk dan tapis..kalau pekat just tmbh air sikit..
ü  boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kene hilangkn buih2 tu..dulu untuk elakkn crepe akan berlubang bila byk buih..
ü  ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yg dipegang..
ü  layangkan kuali agar adunan sekata..
ü  masak atas api kecil..
ü  masak hingga kering..angkt..tk perlu terbalikkn msa angkat tu
Filling
ü  150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
ü  isi durian..




++Selamat Mencuba++

Thursday, September 5, 2013

**Twisting Vegetable Chopper**

Ha.. ambik kau.. faham ker tajuk entry akk ni?.. heheheh akak pon tak faham.... hihihi
idok le.. Itu sebenarnya sebuah alat yang boleh potong potong....tak kesahla dik oi.. potong memotong dengan pantas.. janji jangan potong gaji akak tau.. kikiki.. ianya cepat dan menyenangkan...

korang nak tengok alat yang akk maksudkan.. nah..



Cute kan.. i loike yellow...




Guna tangan pon boleh.. just silangan aras putaran jer...

korang tengok yer akk buat macamana...
Akak nak buat sos pizza, lagi senang ada benda ni.. sebab bawang jadi cantik jer potongan dia..


Akak masukkan bawang yang akak dah potong kasar.. kena potong gak sebab nak bagi muat masuk dalam ni.. lepas tu masukkan pisau dia tu.. tajam tau pisau dia tu.. Akak beli ni dapat percuma lagi satu set pisau mcam tu..


Dah masukkan bawang, tutup bagi rapat dengan klip yang disediakan tu.. pas tu bolehla twist kan dengan menggunakan tangan.. faham tak cara nak guna ni..? okey, tangan kanan pegang yang bahagian kuning tu, tangan kiri pegang bahagian yang lutsinar tu.. pastu pusing jer dengan arah berlainan setiap tangan tu..



Ini lah hasilnya... cantik jer kan bawang tu...

Tengok lagi dekat..

Elok jer bawang tu potongannya.. ni kalau buat laksa ni kompom senang...



Ini bawang yang akak dah twist dan nak campurkan dalam sos pizza akk..







++Selamat Mencuba++

**Pizza MeAmore**

Okey kesayangan beta...hhehehe
Seperti yang akak janjikan.. ini dia resepi pizza yang akak buat semalam.. 
before that, lets enjoy first... hehehehe kita layan gambar2 pizza yang akk dah buat k..




Ini cebisan pizza 1/4 .. hehehehe dah kena makan 3/4 kikikiki



Lihat topping dia tu.. menyelerakan bukan.. ada cheese.. ada nenas potong, cendawan, lada benggala ( bukan bangla tau..) 



Okey yang ini full.. pastinya sedap..

Now.. jom tgk bahan2 plak..

tak payah salin resepi lah kalu ceng gini.. just look at the pictures bellow..


Antara bahan yang digunakan, nenas potong, cendawan, lada benggala, daging burger yang dihancurkan dan juga mozzarella cheese (pastikan mozzarella tau.. baru sedap..)


Apa ni..?? orait yang ini airsuam yang dicampurkan dengan yis, gula, garam dan minyak... unutk buat doh..

ok.. korang salin jela resepi ni;

Roti
  • 1 camca terh yis kering
  • 1 cawan air suam (105 - 115 darjah)
  • 1 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
Perencah Pizza
  • 150 gm daging cincang/udang/perisa yang dikehendaki
  • 1 cawan tomato sos
  • 2 camca teh oregano
  • 1 1/4 camca teh garam
  • 2 - 4 biji tomato yang dicincang dadu
  • sedikit bawang merah, bawang putih dan halia (dimayang)
  • 1 biji bawang besar- dihiris bulat
  • 1 biji bell pepper dihiris (jika ada)
  • 2 cawan mozzarella cheese yang dihiris
  • cili merah dihiris
Cara Membuat
  1. Hancurkan yis ke dalam air suam, masukkan gula, garam dan minyak
  2. Tuangkan ke dalam tepung. Gaul sehingga sebati menggunakan senduk kayu sehingga menjadi doh dan biarkan selama 5 minit
  3. Masukkan ke dalam acuan pizza dengan cara menekan sehingga penuh dan rata. (pastikan acuan sudah diletakkan minyak/majerin dan disapu dengan tepung untuk mengelakkan daripada pizza anda melekat dengan acuan)
  4. Sapukan sos pizza ke atas doh
  5. Taburkan daging cincang/udang (apa je perisa yang dimahukan), bawang, nenas, cendawan dan akhir sekali taburkan mozzarella cheese
  6. Masak dalam oven (suhu 180) yang sudah dipanaskan lebih kurang 20-30 minit.
Cara Membuat Sos
  1. Panaskan sos tomato bersama buah tomato dan bawang merah, bawang putih, halia.
  2. Tambahkan garam secukup rasa.
  3. Jika suka pedas, campurkan dengan sos cili
  4. Kacau sehingga pekat dan tidak berair
TIPS#
Seelok-eloknya buat sos terlebih dahulu. Sejukkan sebelum buat roti.



Macam nilah cara meletakkan doh ke dalam acuan... bahagian tepi tu tarik2 sikit bagi naik supaya sos dan topping nanti tidak melekat pada bahagian tepi acuan.. 


Yang ini sos dan daging kisar yang diletakan di atas doh tadi



semua bahan sudah diletakkan.. tinggal masuk oven....



Tarra... ini baru kuar oven.... Aik.. pelik kan.. masuk tadi segi empat.. kuar bulat.. magic kan.. hehehehe
tak de la.. yang ni gambar lain... tapi yang ini pon akk yang buat.. bentuk je lain...


Macam ni la rupenyer kalau buh cheese banyak.. sedapkan.. 
Apa lagi.. p bli bahan2 then boleh buat kudap2 petang ni.. hehehe




++Selamat Mencuba++

Tuesday, September 3, 2013

(Video) Cara mudah nak Slim

Salam 
Welcome September...

Minggu lepas balik kampung suami.. tu yang suni jer belog kak ni.. hehehe

Ok.. untuk entry first bulan 9 ni akk nak tunjuk vdeo..

Iklan dari negara seberang..

cara mudah nak cantik.. 

jom kita tengok


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola