Klik Jer

Tuesday, August 27, 2013

4 Mitos Nak KURUS yang anda TIDAK perlu PERCAYA





Siapa yang tidak mahu perut kempis dan seksi. Semua orang pasti akan berusaha untuk memperolehinya. Masalah lazim yang dihadapi sudah banyak usaha yang dikeluarkan namun mengapa ia tidak berhasil. Ini kerana anda membazirkan mata dengan maklumat yang salah tentang tip-tip mendapatkan perut kempis.

Berikut adalah 4 mitos yang anda tidak perlu percaya:

Berlapar untuk perut kempis
Pada sesetengah masa, anda akan berfikir bahawa berlapar adalah satu-satunya cara untuk menurunkan berat badan. Anda mungkin juga berfikir bahawa pengurangan kalori dalam badan boleh memberikan keputusan yang lebih cepat, sebenarnya tidak.

Apabila anda lapar, kadar metabolism dalam badan anda akan terganggu. Berlapar bukan sahaja tidak efektif, malah membahayakan kesihatan anda juga.

Mengambil pil diet
Jangan terpedaya pada testimoni yang dikeluarkan oleh agen produk kesihatan. Ia memang nampak menarik, tetapi anda harus tahu bahawa tiada 'pil ajaib' yang boleh memberikan anda perut yang kempis tanpa perlu bersenam. Pil diet ini lebih cenderung untuk 'mencederakan' poket anda daripada menunjukkan apa-apa keputusan positif pada perut anda.

Pakej produk diet memberi kesan yang cepat
Kebiasaanya, pakej produk diet yang dibungkus mengandungi gula halus dan beberapa bahan tiruan yang tidak di perlukan oleh badan anda. Sesetengah produk tidak membawa kepada hasil yang memuaskan jadi anda hanya membazir masa sahaja.

Elak makanan berkarbohidrat
Banyak tanggapan yang mengatakan nasi merupakan punca utama berat badan naik. Bukan sahaja nasi, tetapi segala makanan bekarbohidrat juga! Nasi, kentang atau roti tidak menggemukkan anda sebenarnya, yang penting kawalan makanan anda. Yang penting, elak makan makanan segera yang telah dibungkus.

Sumber : Yahoo

Makan Malam dan Kekal Langsing




Ramai di antara kita akan meninggalkan waktu makan malam kerana takut gemuk. Adakah betul tindakan ini? 

Pengambilan makanan yang mengandungi tinggi kadar gula, berlemak dan rendah serat boleh membuatkan diri anda cepat lapar. Jika anda ingin menghilangkan keinginan makan pada waktu malam, cuba lakukan cara di bawah.

Makan malam awal
Seeloknya, makan sebelum waktu 6 petang. Dengan cara ini, perut anda masih mempunyai masa untuk menghadamkan makanan. Perlu anda tahu bahawa, nasi memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk dihadam.

Tidur awal
Jangan biasakan diri anda untuk tidur lewat kerana asyik menonton televisyen. Ia mendorong anda untuk mengunyah tanpa henti. Cuba tidur awal sekitar jam 9 atau 10 malam. Pasti keinginan anda untuk makan hilang.

Ubah haluan snek kepada yang lebih sihat
Berhenti membeli kerepek kentang, ais krim, atau coklat. Penuhi peti ais anda dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan. Tekstur buah yang lembut senang dihadam oleh badan kita.

Memberus gigi
Memberus gigi selepas makan malam boleh mendorong sifat untuk tidak makan lagi, ini kerana selepas memberus, anda pasti tidak mahu mengotorkan gigi anda yang telah bersih.

Sibukkan diri
Jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur pada waktu malam, cuba sibukkan diri anda untuk mengelakkan diri anda turun ke dapur mencari sesuatu untuk mengunyah. Anda boleh mendengar muzik, menelefon atau chat bersama kawan bertanya khabar.

Motivasi diri anda
Tampal gambar atau petikan ayat yang anda suka di pintu bilik atau pintu peti ais untuk muhasabah diri anda. Gambar dan petikan ini boleh 'memotivasikan' diri anda supaya jangan makan secara berlebihan.

Selamat Mencuba!

Sumber : Yahoo

4 Tips Mudah Untuk Mendapatkan Bahu Yang CANTIK




Inginkan bahu seksi? Sebelum itu anda perlu tahu bahawa tiga otot bahu yang perlu anda latih dengan baik terletak di bahagian depan, sisi dan belakang. Selain itu, otot deltoid yang bertindak membentuk bahu terdiri daripada tiga kumpulan otot yang masing-masing berpunca dari 'titik' bebeza tetapi bersatu di bahagian hujungnya iaitu di atas lengan.

Mari lihat senaman ringkas yang boleh membantu anda mendapat bahu seksi. Walaupun senaman ini khusus untuk otot bahu, namun ia juga secara langsung melibatkan bahagian atas badan anda juga akan mendapat manfaatnya.

Angkat beban
Pilih berat beban di antara 25 hingga 30 peratus daripada berat badan anda. Sebagai contoh, jika berat anda ialah 60 kilogram, maka berat beban yang anda perlu pilih ialah sekitar 18 – 20 kilogram. Jika anda mendapati anda mampu mengangkat lebih berat daripada itu, pastikan anda melakukan secara perlahan dan berperingkat. Anda pasti tidak mahu otot anda cedera akibat paksaan yang dilakukan.

Kardio
Adalah lebih baik untuk anda melakukan senaman kardio 20 minit selepas angkat beban. Latihan kardio bertujuan membakar lemak dalam badan. Pastinya, anda akan mendapat manfaat berganda jika anda melakukan dua jenis senaman ini secara berterusan.

Angkat lengan ke bahu
Luruskan tangan anda ke atas dan bengkokkan tangan membentuk sudut 90 darjah. Anda boleh melakukan senaman ini di mana sahaja anda berada termasuk di tempat kerja!

Tekan Tubi
Takan tubi merupakan senaman yang paling ringkas. Malah anda boleh melakukannya selepas bangun dari tidur. Lakukan tekan tubi sebanyak 30 kali sehari selepas bangun tidur dan lakukannya setiap hari, anda pasti akan lihat hasilnya tidak lama kemudian.

Sumber : Yahoo

Yogurt untuk Cantik





Yogurt atau susu masam merupakan sejenis makanan yang kaya dengan sumber protein, kalsium, potassium, mineral dan vitamin untuk manfaat luaran dan dalaman tubuh badan.

Ia bukan sahaja baik untuk sistem penghadaman malah boleh dijadikan sebagai krim semulajadi yang bebas daripada bahan kimia. Apa yang menarik, krim ini dapat dilakukan di rumah tanpa melibatkan kos yang banyak. Nak tahu manfaat yogurt untuk kecantikan dalaman dan luaran anda? Mari lihat kebaikannya di sini.

Melembapkan kulit
Kultur hidup bersama asid laktik di dalam yogurt mampu melembut, melembap dan membuang sel kulit mati. Sapukan yogurt ke seluruh wajah tangan serta kaki dan biarkan ia selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lebihan yogurt tadi boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk disapu pada wajah sebagai pupur.

Untuk kulit kering
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu kering, tambahkan sedikit madu ke dalam yogurt kerana madu mempunyai unsur pelembap. Selain itu, anda juga boleh mencampurkan tiga sudu besar yogurt bersama dua sudu besar lobak merah yang sudah dikisar. Sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Mencerahkan kulit
Campurkan yogurt dengan satu sudu besar serbuk koko dan satu sudu besar madu. Gaulkan bersama-sama sehingga menjadi pekat sebelum disapukan pada wajah. Pastinya kulit akan tampil lebih segar, cerah dan bercahaya.

Membuang sel kulit mati
Yogurt juga boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati dengan cara mencampurkan dua sudu besar yogurt dengan satu sudu besar oat. Gosokkan pada wajah dan tubuh badan dengan gerakan bulat agar semua sel kulit mati dapat dibuang.

Selain itu, anda boleh mencampurkan yogurt dengan kulit buah-buahan sitrus seperti oren yang sudah dikisar dan dikeringkan bersama dua sudu besar yogurt.

Menghapuskan bintik hitam dan bintik putih
Campuran serbuk beras dan yogurt yang dijadikan pes pekat mampu menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah sekaligus membersihkan wajah agar kelihatan berseri.

Caranya mudah sahaja. Sapukan pes tersebut dangan gerakan membulat pada wajah dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air sejuk. Kacang walnut juga boleh diguna untuk menggantikan beras.

Hilangkan jerawat
Masalah jerawat akan segera pulih dalam tempoh seminggu apabila menyapu yogurt setiap hari pada wajah. Kandungan zink yang terdapat di dalam yogurt membantu mengeringkan jerawat selain mengurangkan kesan merah dan keradangan.

Mengecilkan liang roma
Kandungan zink di dalam yogurt juga mampu mengecilkan liang roma dan menjadikan tona kulit anda kelihatan lebih sekata.

Hapuskan lingkaran gelap bawah mata
Sapukan sedikit yogurt di kawasan sekitar bawah mata selama 15 minit sebelum mencucinya. Di samping itu, campuran yogurt bersama serbuk kunyit, jus limau dan madu boleh disapu kepada bahagian kulit yang menjadi gelap akibat matahari selama 40 minit sebelum dibasuh.

Atasi masalah penuaan
Yogurt juga boleh mengelakkan anda daripada masalah kedutan sehingga membuatkan anda kelihatan tua dari usia sebenar. Caranya ialah dengan mencampurkan yoguret bersama minyak zaitun dan biarkan ia disapu pada kulit selama 30 minit. Lakukan tiga kali seminggu untuk hasil yang menakjubkan.

Hasilkan yogurt anda sendiri dengan dua liter susu penuh krim dan separuh liter susu yogurt yang mengandungi kultur hidup. Jangan lupa simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama!

Sumber : Yahoo

6 Manfaat Serai




Sumber : Yahoo Malaysia

Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita? 

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari lihat 6 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih. 

Memutihkan gigi 
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. 

Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi. 

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. 

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang. 

Ajen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.


Thursday, August 22, 2013

ChickenChop

Salam...

Kan hari ni akk gantung periuk. So uols tgk apa yang akk makan kat dapur ke2 akak yer... Hehehehe.. Dekat jer dgn uma akak..

Malam ni akak teringin nak makan chickenchop.. So jom kita terjah restoran yg boleh tahan la... Hehehehe

Nama kdai ni my brother.. Bkn broder akk yg punyer... Hehehe mmg nama dia mcm tu..

Kedai ni terletak di Bandar Seri Botani, Ipoh Perak. Kira blakang uma akak jer...


Mcm ni la rupa kdai ni dr luar...


Ni akak dah duduk dalam kdai dah.. Dah oder pon...

JENG JENG JENG...

mesti korang xsabar nak tgk mcmn rupe chickenchop akak kan...

Korang tgk dl apa yg akk n my hubby suke minum...


Ha... Ini dia limau asam boi...
Ehem.. Kurang ais..hihihihi

Tadaaaaaaaa....

My chickenchop dah nak dtg...


Nampak sedap kan... Tp ye mmg sedap...
Siap ada tembikai....

Ok akk makan dulu yer...

Bismillah...




Bahaya Ais




Salam..
Hari ni akak rasa nak gantung periuk.. hehehehe
esok dengan luse akak ada kursus gimnastik.. so badan nak kena rehat.. hehehe
walaubagaimanapun(cewah..taula cikgu kan..) hehehehe akak terjumpa satu artikel yang menarik untuk dikongsikan...

sumber dari Nurin Aireen

bace lah...


  • Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.


  • Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.


  • Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.


  • Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

  • Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan  jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.

  • Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.


  • Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.


  • Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..


Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.



Kalau tak da ais macam mana ek...????

(Senarai) Nama Kedai Business Online Yang Menipu / Diragu



Salam

Hari ni Akak ada terbaca dalam Facebook berkaitan dengan kedai online yang menipu...
Alhamdulillah setakat ni akk tak pernah lagi kena tipu.. tapi ada antara kawan akak dah kena.. so berhati2 je la.. Mungkin akk berani beli online sebab yakin dengan penjual itu, 1st akk tengok dulu komen2 pengguna dan juga feedback pengguna lain. bila akak dah yakin baru akk buat deal dgn penjual online tu.

So, disini akak nak share nama2 kedai online yang menipu dan juga diragui. (sumber dari Syeda Collection)

So pesanan akk berhati-hati yer.. kalau riso nak bli online jom kite masak jer.. hehehehehe lagi berfaedah.. perut kenyang, hati pon senang..


HATI-HATI PADA KAWAN KAWAN SEMUA...

WAJIB BACA ARTIKAL NI YER SEMUA? dan SEBAR2KAN.. elakkan diri kita ditipu..

(Senarai) Nama Kedai Business Online Yang Menipu / Diragu

Sumber – August 19, 2013Posted in:
Informasi, Kewangan, Tips Post ini telah dilihat sebanyak 4,422 kali
di Nuffnang Ads kedaionline yg tipu

Sila rujuk senarai nama kedai atau business online yang menipu ni jika anda kerap melakukan pembelian di internet. Malaysia sebenarnya masih mundur dalam hal pembelian barang secara online kerana masih ramai yang menipu dan menjadi mangsa tipu.

Tak seperti Korea. Kebanyakan perniagaan mereka adalah secara talian. Penghantaran on the spot adalah antara yang terbaik. Sebab itu mereka mampu maju dalam masa yang singkat. Tapi di Malaysia masih ramai makhluk yang mengambil kesempitan di atas kecanggihan teknologi. Macam mana Malaysia nak maju kalau berniaga pun tipu orang. Untung nak cepat. Kalau perniagaan orang lain maju, mulalah nak sabotaj. Adeh..

Bagi pembeli, sebaik-baiknya lihat testimoni atau komen pembeli yang lain dulu samada beliau peniaga yang boleh dipercayai atau tidak. Kalau takde testimoni sila tinggalkan. Dalam Islam pun ada kata; kalau was-was elok tinggalkan.

Berikut adalah antara nama kedai online di Malaysia yang menipu ramai pembeli. Harap berjaga-jaga:

1 ) Az Iman
Report by many people, payment made but nothing have been deliver. Gambar ambil dari google

2) Assyaima Collection
Report by Siti Suhaila , order barang lain tapi dapat barang lain. Bila sms tak reply

3) Kartisha Little Bizhub
Report by Zetty Ezhard , beli perfume last year, kata authentic tapi rupanya fake. Bau macam sabun, bila email balik tak reply. No telefon tak provided

4) Jason / Ah keong / YU KAM LEAN
Report by many people , jual gadget. Sell BB for rm500 end up semua customer dia tak dapat apa2. Memang ramai dah kena. More than RM10k ++ Please beware

5) Imaya Gadget @ Anisah Derahman (kutu gadgets)
Report by Laksamana Cheng Ho , 4 bulan tak dapat barang, dia just refund RM300 and balance until now tak settle. Post kat wall dia block.

6) Wawa Najwa ZK’nas Lens
Report by Cik N Syuhada , until now tak refund duit

7) Yanti Shaterz
Report by many people, mak kutu yang makan duit haram

8 ) Babyrina
Report by Nik Norazne , ramai dah kena tipu and dia ada byk FB.

http://www.facebook.com/princess.babyrina
http://www.facebook.com/reena.colections
http://www.facebook.com/profile.php?id=100002641425341
http://www.facebook.com/lolypopprincess.reena
http://www.facebook.com/profile.php?id=100003265896181&ref=ts

9) Coachbagz wonderland
Report by Nurliza Eirlina , jual handbag dari luar negara, dah bayar depo last year but until now barang tak sampai. Email and inbox dia bagi alasan kena tipu dengan supplier tapi sampai sekarang masih active berniaga.

10 ) Katty Eng
Report by Nurul Shahida Syabil , RM130 sampai sekarang tak refund. Barang tak sampai. Now dah block orang

11) Set Nona Roguy
Report by Siti Hajar , dia jual set bersalin. Nama kat akaun maybank Nur Shuhada Ishak. Ramai dah terkena

12) Thalia Amanie @ Juliana Sulaiman
Report by many people , main kutu yang makan duit orang.
More details :
FULL NAME —> JULIANA SULAIMAN
NO IC —> 870207495266
NO HP —> 017656278
NO ACC —> CIMB ACC ( 1222-000-3976-201)
ALAMAT —> NO 9,PANGSAPURI SERI NIPAH,OFF TMN PINGGIRAN USJ 4760
SBG JAYA SELGR

13) KIKI GAJET @Muhammad Shaz
Report by Nora Madi Norazmadi , dah bayar deposit RM400, terus kena block. Number phone 0174643265

14 ) Buabuai Buaian cukur Jambul
Report by Love Haikal , duit dah bayar, video tak dapat, fb diblock, call and sms tak layan. Kena pada 13 nov 2011. no phone 01935335784

15) Rainbow House @ Chong Kar Ying
Report by Teia Zakariah , beli lens tak dapat lagi.

16) Koleksi Kpop Eshop @ Norfazilawati Binti Jefferi 01112026208
Report by Faten Suhana and Deana Abdullah , beli 2 baju tapi tak dapat2 lagi sampai sekarang

17) Jualan Mega @ Sarah by Mohd Jamaian
Report by Nabela Dyana , beli ypad budak 30pcs and iphone 4s mainan budak until now tak dapat lagi

18) Door to Door @ Sharifah Nuzaihan Syed Fisol
Report by Amna Nafeesa II , dia jual gadget murah. Sampai sekarang tak dapat. Total loss RM6K.

19) Lens Collections
Report by Chibbi Maruko , total RM345. tak pulangkan lagi duit sampai sekarang.

20 ) Nor Aymylia Bt Normazlin
Report by Puan Ain Juih , beli samsung galaxy tab tapi dapat tablet china. Ramai dah terkena dgn dia. Total loss RM1.6k

21) Nellisa Abd Rahman
Reported by many people , mereka jual barang2 baby , susu dan diapers, barang tak pernah sampai ramai dah tertipu

22) Bee florian @ Aizan Fong Abdullah
Reported by many people, dia ni memang dah bertahun tahun terkenal dengan menipu. Kalau cari fb dia memang dah takde so just beware dengan nama dia tu.

23) Rosidah Abdullah
Reported by many people , dia ni suka buka kedai tiru nama kedai seller lain so nanti customer akan keliru. So just beware dengan nama dia bila nak buat payment nanti.
Maybank 163091006206 , hp 01114990713 / 01114944617

24) Butik Beg Tangan Berjenama @ Wan Syazwani maybank 158305218738
Reported by many people, fb dia pun dah hilang sekarang. Dapat duit terus senyap then deactivate fb.

25) Adayana Perfume @ Syahidan Ahmad
Reported by many people, after payment barang tak sampai. Macam2 alasan diberikan.

26) Kedai Gadget @ Faizah binti Md Rejab
Reported by many people , kutu gadget dan jual ada jual gadget tapi kalau dah bayar jgn harap barang akan sampai.
DIA MASIH ACTIVE DI LUAR SANA PLEASE BEWARE.Ni no dia 0179895662

27) Korean Sweety Eye
Reported by many people, after payment dia akan block dari msg/wall

28) Kedai saya @ Mohd Syazamie
Reported by Aina Jessturaya, orang tu mengaku diri pekerja court mammoth penang and jual barang murah & ansuran. After masukkan duit dia akan block terus. Tracking number yang tipu dia bagi

29) Babydynas Collections & Babydynas Kutu Frenz
Reported by many people, ada few people je yang dapat refund dari dia. Yang lain semua dia kebas duit. Senyap sampai sekarang

30) Aida Isyhaidar @ Norhaida bt Jamaludin
Reported by Princess Davinci , dia ni kutu jam. Duit lesap

31) Kedai Sri Mawar @ Azizah Bt Bakar from Bachang Utama
Reported by Siti Qis Junior , peniaga emas. After dah dapat duit dia block customer.

32) Blackberry Hotshop @ Maria Ariffa Mazlan
Reported by Lynn Domo, customer mintak COD, dia setuju tapi dengan syarat bayar deposit RM500. bila yang nak jumpa, dia tak datang. Call tak jawab.

33) Tudung Abu Dhabi
Reported by 5 people, service lambat. Ada yang dapat after 2 week dah bayar itu pun after dah push and bagi warning.

34) Kasih Damia Shoppe / Kasih Damia Collections
Reported by Ros Zaiha , owner kedai ni nama Suhaila. Beri alasan macam2, barang sampai kesudah tak dapat.

35) Lim Anna
Reported by many people, boleh tengok dekat photos posted by Poisonous apple, dia print screen orang2 yang bagi wall post mintak refund money and post barang.

**silakan kongsikan kepada semua yer? semoga menjadi panduan kita supaya lebih berhati2.. InSyaALLAH.....

**kalau ada yg rakan2 tahu lagi atau ada pengalaman.. sila komen untuk kongsikan kepada semua kat sini....

Hati-hati yer dear

Wednesday, August 21, 2013

(Video) Potong Bawang Tanpa Menangis



Salam Semua..

Untuk entry kali ini, akak ingin berkongsi cara mudah untuk memotong bawang tanpa perlu menangis..

Kenapa nak kena menangis? hehehehe biasalah, kengkadang kita potong bawang mesti keluar air mata kan.. hehehe lagi-lagi bawang merah..

Jom saksikan tips untuk mengelakkan kita menangis semasa potong bawang..






Selamat mencuba...


(Video) Buang Kulit Telur Rebus


Salam....

Cara mudah membuang kulit telur rebus...

Jom saksikan bersama






Selamat Mencuba

(Video) Oreo Milk Shake



Salam Syawal...

Tetiba hari ni macam nak buat pencuci mulut..

Balik sekolah tadi rasa panas sangat dengan cuaca yang sangat kering dan panas.. kalau kita buat kudapan yang sejuk2 mesti best kan...

Apa lagi... Akak pon mula la meninta bantuan en google... then terjumpa la video ini...

Jom kita saksikan...





...Selamat Mencuba...

Tuesday, August 20, 2013

Tips Nak Masak Ape ek..?



Salam 1 Malaysia.... hehehehe

Ola tau ramai dikalangan kita semua especially kaum ibu2 semua kengkadang tu poning kepala gak la nak pikir nak masak ape kan...??? sampai boleh trmenung jauh dibuatnya.. hehehehe

Almaklum lah.. bulan puasa ni kalau boleh kita masak lagi bagus kan.. kan....

Beberapa tips untuk dikongsikan di sini...

ok ambil pen dan kertas... hehehehe tak perlu lah.. just print screen kan jer... tak pon print trus...

Antara tipsnya....;

1. Tanya direct jer kat anak2 or suami makanan apa yang diorang teringin nak makan... 

2. Kalau apa yang diorang 'order' tu tak reti buat jgn putus asa, tanya jer kat en. google... kompom jumpe

3. Then tengok kat dapur, barang2 apa yang ada mengikut 'order' diorang... kalau barang mencukupi boleh la buat... kalau tak ada jangan kecewa... try buat mengikut resepi sendiri seperti yang diorder... tak pun simpan order diorang ni untuk dibuat ke esokan harinya... 

4. Kalau anak2 n suami tak order ape2 or diorang cakap mcam ni..
"masak la apa pun..."
, masa ni la kita nak buat experimen... Masak la apa yg tekak kita nak plak... hehehehehe

5. Banyakkan tengok rancangan masakan.... 

6. Selain en google, cer try youtube plak.. kat sana siap tunjuk demo lagi...

7. Try cari kat blog2... banyak blog2 yg share masakan...

8. pesebuk pon ada.. misalnya Buku Resepi... ola suke sangat facebook Buku Resepi ni... banyak yang ola pelajari

9. Masak jer apa yang ada kat dapur tu.... hehehehehhe


Sebenarnya ola tulis entry ni sebab ola pon kengkadang tu dah pening nak masak apa.. so ola share kan berdasarkan experience ola....

Bukan apa, ola dah boring bli makanan kat bazar.. kengkadang tu membazir jer... luaran nampak sedap, bila makan.. huhuuhuhuhhu tak baik la nak kata tapi hakikatnya...

memang TAK SEDAP..>!!!

Kalau nak resepi try baca entry ola yang lain k...

Selamat menjalani bulan Ramadhan...




** Ups.. entry ini sebenarnya pernah ditulis di blog yang satu lagi,... hehehehe so kita panggil re-entry...
hehehe kat mana? 
ala kat belog akk yg satu lagi la.. www.cantiksangat.blogspot.com

Udang Masak Butter




 Salam Syawal

Ok, Ini dia resepi Udang masak Butter..(Berbuka puasa heavy ckit) Thanks to Azie Kitchen for this resepi...

Mula2 kita buat Sarang Telur  dulu..

Bahan2 nya ialah;

·         2 biji Kuning Telur
·         Sesenduk Butter/Margerin
·         Secawan Minyak masak

Cara2nya....

1.       Pukul ringan kuning telur. 

2.       Panaskan Butter/Margerin bersama minyak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.



3.       Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan. 


4.       Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya.



Ok.. Sekarang kita sediakan Udangnya pulak....

Bahan2nya....

12 ekor udang 
Sedikit Garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris

5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih - jika suka
Garam secukup rasa

Cara2nya....


    1.  Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.


   2.   Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

 

   3.  Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.



   4. Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi.



Selamat Mencuba...


Selamat Mencuba

Monday, August 19, 2013

Spaghetti Kari Special







Salam Lebaran...

Rasanya masih tidak ketinggalan untuk Kak Ola ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin....
Minta maaflah, Kak Ola sibuk sangat sampai tak sempat untuk update blog ni..
Raya tahun ni akk balik Sabah.. tu yang busy ckit tu.. lagi pula, kampung akk tu tiada talian internet bah.. hahaha ada tu mmg ada tapi untuk network lain.. 

But now.. im back.. hehehheehe.. 
Resepi kali ini dapat inspirasi dari rumah kawan... time tu beraya kat sabah, dia hidangkan mee kari yang hubby suke... so Akak edit mana yang patut..

Ok bulan Syawal ni selalunya kita jemput kengkawan datang uma kan..??/ kan....
tak pon ada kengkawan yang nak datang secara mengejut... ???

Jangan riso... Kak Ola bagi resepi yang mudah dan ringkas...
Selalunya memang Kak Ola selalu standby mee spaghetti dalam store akak.. hehehehe sabab suke hidangkan spaghetti kat tetamu... tapi untuk mempelbagaikan lagi menu Kak Ola reka resepi ni untuk memenuhi tekak Asia kita.. hehehehe

Ok, copy and paste jer resepi ni ek..

Bahan-Bahan
  1. Spaghetti (terpulang nak yang biasa or makaroni) Akak suke pkai Angle Hair 
  2. Isi ayam yang dipotong dadu. ( terpulang nak letak banyak mana)
  3. Bawang Merah - 3 Ulas*
  4. Bawang Putih  - 3 Ulas *
  5. Seinci halia*
  6. Sebatang serai*
  7. Cili Besar - 2 biji *
  8. Cili api - Terpulang nak letak banyak mana. ikut tahap kepedasan yang dikehendaki*
  9. Ubi Kentang - 2 biji (dipotong dadu)
  10. Daun Kari - 4 Tangkai
  11. Air asam (klau guna asam jawa adabi tu letak 1 setengah sudu kecil sahaja)
  12. Fishball/chikenball ( ikut suka, nak letak boleh, tak mau pun boleh...)
  13. Garam dan gula secukup rasa
  14. Santan - 1 biji kelapa saiz kecil (Blander dgn 3 cawan air dan tapis untuk mendapatkan santannya)
  15. Sebungkus serbuk kari ikan jenama Faezah (jenama lain pon ok). Kenapa Akak guna kari ikan..?? entah.. sebab sedap jika guna kari biasa or kari ayam.. hehehehehe (serbuk kari dicairkan bersama sedikit air panas dan air suam)
# Blender semua bahan yang bertanda *

Bahan Hiasan
  1. Daun sup dipotong kecil
  2. Daun bawang dipotong kecil
  3. Tauge dicelur
  4. Bawang Goreng


Cara-cara
  1. Tumiskan bahan2 yang sudah diblender kemudian masukkan daun kari sampai naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari yang sudah dicairkan. biarkan sehingga naik minyak. Jika kering tambah sedikit demi sedikit air sehingga kari betul2 masak sepenuhnya.
  3. Masukkan ubi kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Kemudian masukkan ayam, gaul hingga sebati dan biarkan sehingga jus ayam keluar sedikit.
  4. Masukkan air asam dan juga santan dan gaul sehingga sebati.
  5. Tambahkan seikit garam, gula dan perisa secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih. Tambahkan air ikut kepekatan yang diingini.
  6. Rebuskan speghetti sehingga mendidih. Tambahkan minyak semasa merebus untuk memastikan spaghetti tidak melekat bila ditos nanti.
  7. Hidangkan bersama-sama bahan hiasan tadi dan tambahkan kuah kari yang sudah masak tadi..
Selamat mencuba...




--- Selamat Mencuba ---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola