Klik Jer

Monday, July 29, 2013

Kerabu Mangga

Salam Ramadhan...

 



Alhamdulillah, kita sudah berpuasa selama 20 hari... Sedih rasanya meninggalkan bulan Ramadhan yang mulia ini... Semoga 10 malam terakhir ini segala doa dan hajat kita dimakbulkan Allah.. Amin..

Untuk resepi kali ini, Kak Ola post special sikit.. heheheh sebab ini resepi kegemaran Kak Ola.. Kalau balik kampung suami kat Kedah memang menu ini selalu Kak Ola sajikan.. Almaklum lah, pokok mangga ada disekeliling rumah mak mertua.. Rasa geram jer tengok buah mangga ni.. Orang Kedah kata marah kalau tengok mangga ni... mula2 tu pelik gak, pasai pa depa nak marah... rupanya maksudnya tu geram la.. hahahaha.. biasa la, saya ni orang Sabah bah... so baku tu memang tidak boleh dipisahkan.. hehehehe.. Mangga ni kengkadang Kak buat jeruk, kengkadang buat kerabu. Paling sedap kalau buat jeruk mangga apple.. pergh.. memang sedap..

Bahan-Bahan (hidangan untuk 2-3 orang)


  1. Mangga (2 biji)- Kak Ola guna sebiji yang masih muda dan sebiji lagi mengkal
  2. Kedongdong @ buah amra (jika ada)
  3. Bawang merah
  4. Cili Besar
  5. Cili Api (kalau nak pedas)
  6. Bunga kantan
  7. Kacang Panjang
  8. Belacan ( ditumbuk dengan sedikit bawang)
  9. Garam secukupnya
  10. Serbuk perisa ( Kak Ola guna Secukup Rasa Meggi)
  11. Sedikit gula

Cara-cara

  1. Semua bahan dihiris halus
  2. Mangga dicincang atau menggunakan pemarut kasar
  3. Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati
  4. Kalau ada kacang goreng boleh letak gak... (tumbuk halus)










TIPS
  • Tak perlu letak air, sebab gula nanti akan bertindak balas dengan mangga dan menghasilkan air original kerabu mangga anda.. Selamat mencuba...



Thursday, July 25, 2013

Ikan Goreng Cucur

Salam Ramadhan

Hari ini Kak Ola nak share satu resepi yang sesuai dihidangkan semasa berbuka puasa. Hidangan ini juga sangat sesuai waktu makan tengahari.. tambah pulak dengan sambal sabahnya.. pergh.. meletop.. hehehehe jangan makan tengahari sekarang, lepas raya ek...

Ok ini resepinya....



Bahan ;

  1. Ikan Kembung ( dibelah ditengah- nak senang belah kat bahagian kepala)
  2. Tepung gandum
  3. Bawang Besar / merah ( potong halus/tumbuk pun boleh)
  4. Sedikit daun kari
  5. Telur
  6. Secubit serbuk kunyit
  7. Cili api ( kalau tak nak pedas tak perlu letak)
  8. Limau kasturi

Cara-cara;

  1. Gaulkan semua bahan macam kita nak buat cucur tu dengan menambah sedikit air mengikut kesesuaian
  2. Tambahkan telur, serbuk kunyit, garam, serbuk perisa (terpulang nak letak ke tak) dan gaul sehingga sebati. Pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana
  4. Celupkan ikan kembung tadi ke dalam adunan dan goreng
  5. Setelah masak gunakan dawai/jaring pada kuali untuk memastikan lebihan minyak pada ikan dapat tersejat.
  6. hidangkan dan bolehlah perah limau kasturi di atas ikan tadi (tak nak pun boleh)

Selamat mencuba...

#Tips
  1. Jangan lupa, baca selawat dan zikir semasa memasak... Inn Syaa Allah mendapat berkat... Semoga keikhlasan kita memasak menambah kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga...amin

Wednesday, July 24, 2013

Sardin Masak Asam Pedas

Salam Ramadhan....

Kak Ola nak share satu resepi yang ringkas. Sesuai dimasak untuk juadah bersahur. 


Bahan-bahan

* Ikan Sardin 1 Tin 
* Bawang merah 2 ulas
* Bawang putih 2 ulas
* Halia
* Cili Besar
* Cili Api (kalau nak pedas)
* Asam Keping ( nak guna asam pekat adabi pon boleh,)
* Daun kesum
* Bunga kantan
* Tomato 1 biji
* Sayur kacang panjang
* Telur 1 biji (Jika perlu)
* Garam / serbuk perisa secukupnya

Cara-cara

  1. Hiris halus bawang merah, bawang putih, cili besar
  2. Potong halia dan cili api 
  3. Potong sayur kacang panjang, tomato dan bunga kantan
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan cili besar yang telah dihiris. 
  5. Apabila bahan tumisan tadi sudah wangi, masukkan ikan sardin tadi, tambahkan sedikit air. Biarkan seketika dan masukkan sayur kacang panjang, bunga kantan, daun kesum, tomato, halia dan cili api.
  6. Masukkan asam keping atau asam pekat adabi secukupnya. Kemudian masukkan telur dibahagian tepi supaya telur cepat masak. (Jika perlu).
  7. Hidangkan...

Selamat mencuba... 

# Tips.....
  1. Ikan Sardin tin besar sesuai untuk hidangan 4 - 5 orang. Manakala yang saiz kecil sesuai untuk hidangan 2 orang.
  2. Minyak tak perlu guna banyak sangat, sebab ikan sardin sudah mengandungi sedikit minyak. Untuk resepi ini, saya menggunakan planta menggantikan minyak.





Tuesday, July 23, 2013

Air Tangan Isteri

Salam Ramadhan...



Alhamdulillah... Hari ini dah masuk hari ke 15 kita berpuasa.... Syukur padamu ya Allah kerana masih lagi diberi umur yang panjang untuk menunaikan Rukun Islam yang ke4 ini. Semoga diberi kesempatan untuk menjalankannya di Ramadhan akan datang. 

Pejam celik pejam celik dah separuh Ramadhan dah... cepatnya masa berlalu...

Atas permintaan dan minat dalam masakan, aku tergerak untuk menghasilkan blog baru hanya berkaitan dengan masakan. Blog sebelum ini berkaitan tentang kerjaya aku sebagai seorang guru dan juga minat dalam bidang solekan. Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga especially my hubby and my friends maka lahirlah blog ini... cewah macam artis jer baru kuarkan album... hahahahaha

Blog ini bertajuk Dapur Ola.... Ola tu nama gelaran aku... boleh panggil Kak Ola jer... hehehehehe Dalam maps pun boleh jumpe Dapur Ola.. hehehehe kat situ la kawasan jajahan saya di ipoh ni @ my dapur @ my Teratak Impian @ HomesweetHome...

Aim blog ini diwujudkan ialah untuk berkongsi resepi yang simple, mudah dan juga pantas untuk golongan Isteri2 yang busy mcm aku ni.. hehehehehe... Ada resepi yang memang diambil dari alam maya, tapi aku suka edit mengikut anak tekak aku.. hehehehe yang pasti resepi yang diambil itu haruslah aku dah cube dulu baru boleh post kat cni... nanti plagiat plak.. hehehehehe mcm buat assignment jer..

So nantikan resepi2 yang menarik n simple dari Kak Ola.... Semoga memberi inspirasi....

Sweet Kak Ola... ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penaja Utama

Terima Kasih Kerana Mengunjungi Dapur Ola